Thursday, March 28, 2024

Ini Beza SOP Akad Nikah Di Negeri PKP & PKPB Yang Bakal Pengantin Patut Tahu

37
KONGSIAN
Pengumuman pelaksanaan PKP yang bermula dari hari ini 13 hingga 26 Januari, sudah semestinya memberi khabar tidak baik kepada pasangan yang mahu bernikah dalam masa terdekat.

Seperti yang diwar-warkan oleh MKN, sepanjang PKP ataupun PKPB, majlis kahwin tidak dibenarkan untuk diadakan dan jika ia dilarang, bagaimana pula dengan akad nikah?

Berikut adalah prosedur operasi standard (SOP) akad nikah seperti yang dipaparkan dalam laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN):

Foto: Pengantinbaru.com.my

Majlis Akad Nikah

PKP: Hanya dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin (sebelum tempoh PKP) daripada  Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

PKPB: Boleh dilaksanakan mengikut SOP Am Pelaksanaan Majlis Kerajaan/Swasta dan SOP Am Pelaksanaan Majlis Sosial yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tempat Akad Nikah

PKP: Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tempat pemohon bermastautin.

PKPB: Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). Masjid atau surau malah di rumah juga dibenarkan bagi negeri-negeri PKPB.

Kehadiran

PKP:Hanya bakal pengantin lelaki, perempuan, wali dan seorang daripada keluarga pihak pengantin lelaki sahaja dibenarkan hadir.

PKPB:

  • Majlis di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan PAID – 10 orang sahaja termasuk pengantin, wali dan jurunikah serta 2 orang saksi
  • Majlis di masjid dan surau – tidak melebihi 30 orang
  • Majlis di rumah – tertakluk kepada keluasan rumah dengan penjarakan fizikal sekurang- kurangnya 1 meter

Kawalan penularan dan jangkitan

Mengadakan kaunter memeriksa suhu badan, sanitasi tangan; Daftar kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkodkan di dalam buku kehadiran;

Hanya mereka yang tidak bergejala, bukan kontak rapat kes positif dan bukan dari Kawasan PKPD atau Zon Merah dibenarkan hadir;

Sentiasa memakai pelitup muka; dan Bersalaman dan berpelukan tidak dibenarkan.

Fotografi

Foto: Wordstream

Aktiviti fotografi adalah dibenarkan semasa majlis pernikahan sahaja; dan Jurufoto tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi tertakluk kepada pematuhan SOP yang telah ditetapkan

Jamuan

Aktiviti jamuan makan tidak dibenarkan. Demikian SOP majlis akad nikah dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti diumumkan MKN, dan ia juga sama juga untuk kawasan yang akan dikenakan PKP.

Pasangan Dari Negeri Lain Harus Dapat Kebenaran Pihak Berkuasa Untuk Merentas Negeri

Bagi pasangan yang memohon untuk melaksanakan majlis akad nikah dengan pasangan daripada negeri atau daerah yang diisytiharkan sebagai kawasan PKP, pemohon perlu mendapat kebenaran merentas negeri atau daerah daripada pihak berkuasa yang berkaitan seperti MKN / PDRM atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI