Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Baik Aku Mati”- Sajat Kesal, Terasa Semakin Jauh Dengan Islam

by Khai Azfar
January 12, 2021
Share on Facebook

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat telah mengaktifkan semula akaun Instagram nya semalam. Lebih mengejutkan, Sajat turut memuat naik hantaran beserta sebuah video rakaman yang mendakwa dia telah dianayai oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini.

Dakwa Dikasari JAIS 

Menurut Sajat, dia telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada JAIS selepas dia mendapat surat perintah untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan di bawah Enakmen Jenayah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 pada 6 Januari lalu. Bagaimananpun, dedah pelantun Makhluk Penggoda ini dia telah dikasari setelah cuba menghalang dirinya daripada digari oleh pihak JAIS.

https://www.instagram.com/p/CJ4_PtohvgT/

Difahamkan, di dalam video tersebut pihak JAIS telah memberitahu Sajat bahawa dia telah ditahan atas dakwaan tersebut. Terkejut dengan perintah itu, Sajat berkeras untuk berjumpa dengan ibu bapanya di luar bilik siasatan namun dihalang oleh kakitangan yang bertugas kerana mereka memberitahu akan membawa masuk ahli keluarganya itu . Sajat yang merakam secara tersembunyi segala perbincangan tersebut, turut bertengkar dengan pihak JAIS sebelum menunjukkan kesan luka dan lebam dipercayai disebabkan pergelutan tersebut.

Putus Asa 

Dakwa Sajat lagi yang turut menangis beberapa kali, dia berasa kesal kerana diperlakukan sedemikian dan menerusi Insta Story nya dia turut meluahkan isi hatinya itu sehingga tular di media sosial.

Dalam perkongsian tersebut, Sajat mendakwa dia seperti sudah berputus asa dengan agaam Islam kerana apa sahaja kebaikan yang dilakukan pasti menerima kecaman orang ramai.

“Adakah aku seorang kafir? Aku selalu bersedekah, membayar zakat. Tetapi kerana pakaianku adalah wanita, aku dihukum oleh agamaku. Orang macam aku ini tak layak memeluk Islam, sebab orang macam aku ini digari dan dihukum teruk dalam agamaku.”

“Buat apa pun tetap haram, dan aku rasa Islam itu berat pada aku. Jika aku keluar Islam baru mereka happy. Patut ke aku keluar dari agamaku?” luah Sajat.

Terdahulu, pihak JAIS menerima aduan berkaitan Sajat menganjurkan satu majlis tahlil dan doa selamat bersama dengan anak-anak tahfiz pada 23 Februari tahun lalu. Ketika itu, Sajat telah memakai lengkap baju kurung serta bertudung seperti seorang wanita dan secara tidak langsung didakwa di bawah Seksyen 10 iaitu menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina

nur sajat ditangkapNur Sajat JAIS
https://lomp.at/ydoif
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara