Baru-baru ini,Pengasas Telegram iaitu Pavel Durov membincangkan mengenai dasar privasi baru WhatsApp. Beliau sudah lama tidak menyukai perkhidmatan yang disediakan WhatsApp dan berulang kali mengkritik WhatsApp, dan meminta pengguna agar uninstall aplikasi tersebut.
“Berjuta-juta orang marah dengan polisi baru dari WhatsApp, yang mana memerlukan pengguna untuk memasukkan data peribadi mereka ke dalam Facebook’s ad engine.”- Pavel Durov
“Tidak menghairankan jika ramai pengguna telah beralih dari WhatsApp ke Telegram yang telah berlangsung selama beberapa tahun dengan cepat.”- Pavel Durov
WhatsApp Tidak Selamat?
Pengasas Telegram juga menyatakan bahawa WhatsApp tidak selamat untuk digunakan dan jurang yang besar sering muncul dalam aplikasi WhatsApp ini. Ketika spyware dari syarikat Israel iaitu NSO Group dapat infect WhatsApp dan menceroboh datanya hanya dengan panggilan telefon yang tidak perlu diterima. Durov mencadangkan kepada pengguna WhatsApp agar uninstall aplikasi tersebut.
“Melainkan anda okay dengan semua foto dan mesej anda terbuka kepada umum suatu hari nanti, anda harus memadam WhatsApp dari telefon pintar anda.”- Pavel Durov
Tidak Percaya Pada Facebook
Durov turut menyatakan bahawa WhatsApp adalah sejenis ‘Trojan Horse’ yang digunakan untuk mengintip gambar dan data pengguna. Beliau juga menyatakan rasa tidak percaya terhadap aplikasi Facebook.
“Facebook adalah sebahagian daripada program pengawasan panjang sebelum mereka memperoleh WhatsApp. Naif berpendapat bahawa sharikat ini akan mengubah polisi setelah pengambilalihan.”- Jelas Pavel Durov
Terkejut WhatsApp Sentiasa Mengalami Masalah Keselamatan
Pavel Durov mengakui terkejut kerana WhatsApp sentiasa mengalami masalah keselamatan manakala aplikasi Telegram tidak mengalami masalah tersebut.
“Telegram, aplikasi yang serupa dalam complexity, tidak pernah mengalami masalah pada skala seperti WhatsApp dalam 6 tahun sejak dilancarkan.”- Kata Pavel Durov
WhatsApp Adalah Malicious Service
Pada awal tahun 2020, Duroz sekali menyatakan bahawa WhatsApp adalah malicious service. Hal ini kerana telefon bimbit orang yang terkaya di dunia atau Presiden kepada Amazon telah digodam melalui fail video yang dihantar melalui WhatsApp.
Dipercayai bahawa data penting pada iPhone X Presiden kepada Amazon ini telah bocor setelah beliau menerima fail video yang mengandungi malware melalui WhatsApp. Walaubagaimanapun Facebook sebagai pemilik WhatsApp mendakwa kelemahan itu bukan pada WhatsApp tetapi ianya kelemahan pada sistem operasi iOS sendiri.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.