Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

AJL35 Ditunda! Masih Belum Ada Tarikh Baharu

by Khai Azfar
January 12, 2021
Share on Facebook

Menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dikirimkan kepada pihak Murai.my sebentar tadi, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang telah dirancang untuk bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari 2021 ditunda bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang semalam.

Untuk Kebaikan Bersama 

Menurut ​Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh​, kerja di belakang tabir akan memerlukan tenaga kerja yang ramai dan antara SOP yang telah ditetapkan adalah untuk tidak mengadakan sebarang acara yang melibatkan ramai orang dalam satu masa dan lokasi. Bagi menghormati perintah tersebut,pihak mereka mengambil keputusan ini untuk kebaikan bersama.

“Ketika dalam sidang media AJL35 semalam, saya dan Penerbit Eksekutif AJL35, Puan Huda sememangnya berharap agar PKP tidak dilaksanakan, dan AJL35 boleh berlangsung seperti yang dijadualkan. Namun, petang tadi, YAB Perdana Menteri telah menguatkuasakan PKP bermula hari Rabu ini sehingga 26 Januari 2021.

“Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain. Hal ini kerana, kerja-kerja pembinaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, untuk kebaikan semua pihak, kami memutuskan untuk menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya setelah tempoh PKP ditamatkan secara rasmi.”

“Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35 ini. Kami berharap juga agar semua rakyat akan patuh PKP demi kebaikan dan keselamat kita semua.” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sebagai info, sebelum ini perancangan lokasi AJL35 telah ditukar kepada Auditorium MBSA, Shah Alam selepas empat edisi sebelum ini diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.Sherry Al-Hadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari telah dipilih sebagai hos bagi mengendalikan acara berprestij tersebut.

Error happened.
Aina Abdul AJL 34ajl35
https://lomp.at/9xbun
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara