Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Siti Nurhaliza Kongsi Perjalanan IVF, Tunjuk ‘Gambar’ Anak Kedua Dalam Tiub

by Khai Azfar
January 12, 2021
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Bersempena dengan hari lahirnya pada 11 Januari, penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza Taruddin secara eksklusif berkongsi perjalanan proses persenyawaan in vitro atau In vitro fertilization (IVF) bagi kandungan anak keduanya yang kini mencecah usia hampir lima bulan.

Kongsi Perjalanan IVF

Dalam video yang dikongsi menerusi laman YouTube miliknya, Siti berkongsi pelbagai kisah perjalanan IVF kehamilan keduanya termasuklah pada hari pertama beliau menjejakkan kaki ke hospital bagi proses persenyawaan itu. Menurut Siti, proses kali ini hampir sama ketika menghamilkan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid dua tahun lalu namun pelantun 7 Nasihat ini akui kali ini beliau lebih banyak menangis.

“Pada dasarnya, ini adalah proses yang sama saya lalui semasa mengandungkan Aafiyah. Tetapi dengan dia (Aafiyah), saya tidak merasa terlalu banyak menangis, tetapi kali ini saya lebih banyak menangis sebab usaha saya bersama suami berjaya.”

“Bukan mudah untuk mendapat zuriat namun kita haruslah percaya dengan rezeki Allah SWT dan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang dimahukan” dedah Siti dalam video itu

Tunjuk Tiub Bayi Kedua

Bukan sahaja berkongsi perjalanan kehamilan kedua, malah Siti juga turut menunjukkan ‘keadaan’ anak keduanya yang disimpan dalam sebuah tiub khas yang telah dibekukan lebih dari dua tahun, sama usia dengan Aafiyah.

Terdahulu, Siti mendedahkan bahawa kehamilan keduanya ini merupakan kembar kepada Aafiyah namun atas nasihat doktor dan keadaan kesihatannya, kembar Aafiyah dibekukan sebelum disenyawakan beberapa bulan lalu bagi proses kehamilan.

“Tiub ini je. Kecil kan? comel kan?”

“Dalam tiub ini, dia (bayi kedua) duduk dalam ini selama tiga tahun eh dua tahun lebihlah untuk tunggu saya masukkan hari itu. Disini lah baby, sebelum dimasukkan ke dalam rahim ibu”

“Ini kenangan-kenangan dia, saya simpan” kata Siti

Video yang berdurasi 16.32 saat itu kini telah ditonton lebih dari 150 ribu penonton dan rata-rata meluahkan rasa sebak melihatkan perkongsian itu selain mendoakan kesihatan Siti dan kehamilannya.

YouTube video

Siti Nurhaliza IVFSiti nurhaliza mengandung
https://lomp.at/km8vx
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim, Hanya Rakam Satu Video Tapi Tetap Dituduh Bercinta

by Puteri Alia
July 18, 2025

Sering menjadi tumpuan apabila digandingkan dengan pelakon wanita, Meerqeen sekali lagi terpalit dengan dakwaan cinta lokasi selepas membintangi drama terbaru...

Read more
Lokal

Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

“Abah tolong berhenti, abah ‘cut’ sikit sahaja.” Rayuan ringkas namun penuh rasa tertekan itu diluahkan oleh Ammar Ahyan, anak sulung...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Polis Akui Amy Search Mungkin Dipanggil Semula dalam Kes Serangan terhadap Shila Amzah

Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula penyanyi rock legenda, Amy Search bagi membantu siasatan kes yang dikaitkan dengan dakwaan...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Anita Sarawak Pilih Hilang Tanpa Jejak, Noor Kumalasari Dedah Anita Enggan Lagi Hidup Popular

Pernah tenggelam dalam kemurungan akibat dikecam hebat suatu ketika dahulu, pelakon dan penyanyi legenda Noor Kumalasari mendedahkan kakaknya yang juga...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] “Asyik Ingat U Jerr”- Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq?

Sebuah video di TikTok baru-baru ini berjaya buat netizen tersenyum sampai sakit pipi. Bila dua figura terkenal, Syed Saddiq dan...

Read more
by Phic ARMAN
July 18, 2025
Foto - @solartimemy (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur- “Excited Macam Bella Tunjuk Dia”

Nama penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini disebabkan oleh kemesraan...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Foto - @syafiqdharma (IG)
Lokal

“Boleh Sewa Badan Awak Untuk 1k?”- Syafiq Dharma Berdepan Gangguan Seksual

Kalau kamu nak tahu, kini bukan hanya golongan wanita dan kanak-kanak sahaja, tetapi golongan lelaki juga ada yang menjadi mangsa...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Ammar Ahyan Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Cik B, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Sebelum ini nama anak sulung usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas disakat...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM, Cetus Rasa Sebak Netizen!

Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia bakal mengundurkan diri sebagai penyampai radio di...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Ibu Aliff Aziz Beri Respon Selepas Digesa Netizen Untuk Saman Penyebar Fitnah!

Ibu kepada aktor dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil atau lebih dikenali sebagai Fiza Aziz sebelum ini tampil...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem