Kluster Menteri? 3 Menteri Ini Telah Disahkan Positif COVID-19

Untuk rekod, tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, merupakan menteri pertama yang disahkan positif COVID-19.

Mesti Baca

Hari ini negara dikejutkan dengan beberapa berita termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan pengisytiharan darurat yang dibuat sebentar tadi oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

3 Menteri Disahkan Positif Setakat IniĀ 

Bukan itu sahaja, pada Ahad Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed telah disahkan positif COVID-19 dan kini ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan. Lebih mengejutkan, semalam Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dilaporkan dijangkiti wabak tersebut dan keputusan menunjukkan positif COVID-19 sebelum dibawa ke wad Hospital Sungai Buloh.

Terbaru, menerusi kenyataan media yang dikongsi, Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang merupakan Menteri Dalam Negeri pula disahkan positif selepas menjalani ujian saringan COVID-19 semalam (11 November 2021). Dalam kenyataan itu, pihaknya turut menasihati mereka yang mempunyai kontak rapat dengan beliau untuk segera menjalani ujian saringan di pusat kesihatan terdekat mengikut saranan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk rekod, tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, merupakan menteri pertama yang disahkan positif COVID-19.

Terkini

Cantiknya! 5 Selebriti Tanahair Ini Muatnaik Gambar Bertudung Menyambut Ramadan

Bulan yang dinantikannya dalam setahun akhirnya telah tiba. Bulan Ramadhan yang dipercaya penuh keberkatan ini juga akan memberikan keajaiban...

Artikel Berkaitan