Kini face mask menjadi kewajipan setiap orang untuk memakainya sewaktu berada di tempat awam sewaktu pandemik COVID-19. Anda tentu sudah melihat pelbagai jenis face mask yang berada di pasaran bukan?
Tetapi, adakah anda sudah melihat face mask pintar di dunia? Kini sebuah jenama gaya hidup terkemuka di dunia untuk para gamers, Razer memperkenalkan topeng muka paling pintar di dunia iaitu Project Hazel. Berikut adalah ciri-ciri menarik yang terdapat pada face mask Project Hazel ini. Stay tune guys!
Selamat Untuk Digunakan
Ventilator topeng muka pintar ini dapat mengawal aliran udara dan mampu menyaring sekurang-kurangnya 95 peratus partikel-partikel bawaan udara. Sebagai tambahan kepada kecekapan penapisan bakteria (BFE) yang tinggi, face mask ini juga mempunyai daya tahan cecair yang tinggi melindungi dari titisan dan percikan yang besar.
Project Hazel ini juga didatangkan dengan charging case istimewa yang dilapisi dengan cahaya UV di bahagian dalam yang membunuh bakteria dan virus sewaktu tidak digunakan.
Aliran Udara Yang Selesa
Project Hazel ini dilengkapi dengan pengudaraan aktif yang membawa udara sejuk dan mengeluarkan haba yang dihasilkan sewaktu menghembuskan nafas, yang mana mencegah penghasilan CO2 pada topeng yang boleh menyebabkan sakit kepala dan pening.
Silicon guard pada topeng pintar ini akan terletak dengan elok di sekitar wajah anda dan mengelakkan air leaking in dan membuatkan topeng itu tidak menyentuh atau tersekat di mulut supaya anda dapat bercakap secara semula jadi.
Dilengkapi Dengan Teknologi VoiceAmp
Project Hazel ini dilengkapi dengan teknologi VoiceAmp yang akan meningkatkan dan menguatkan suara pemakai untuk memastikan suara pemakai tidak akan teredam atau muffled sewaktu memakainya.
Rekaan Yang Transparent And Clear
Dengan rekaan transparent and clear, anda boleh menikmati interaksi sosial yang lebih lancar dengan orang lain kerana mereka dapat melihat anda bercakap dan menggunakan isyarat wajah anda dengan lebih mudah.
Project Hazel ini juga dilengkapi dengan Low Light Mode, yang mana bahagian dalam topeng pintar ini akan menyala secara automatik ketaka berada di tempat gelap yag membolehkan anda mengekspresikan diri dengan jelas tanpa mengira keadaan pencahayaan.
Topeng pintar ini juga menyediakan 16.8 juta warna dan sekumpulan kesan ikonik, pusingkan kepala untuk mendapatkan 2 zon pencahayaan customizable yang dikuasakan oleh Razer Chroma ™ RGB.
Canggih bukan!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.