Tuesday, December 17, 2024

Senarai Aktiviti & Lokasi Yang Dilarang Sepanjang PKP 2.0

22
KONGSIAN

Seluruh negara kini sedang dikuatkuasakan kali kedua dengan PKP,PKPB, dan PKPP yang mana tumpuan diberikan kepada negeri-negeri yang dikenakan PKP iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Perbezaan diantara PKP terdahulu, PKP kali ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi termasuklah pusat jagaan kanak-kanak dan tadika swasta turut dibenarkan untuk terus dibuka bagi memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja. Biarpun begitu, sama seperti SOP pada Mac, PKP 2.0 turut melarang aktiviti berkumpulan dan berisiko serta menutup premis perniagaan tertentu berbanding dengan PKPB yang dikuatkuasakan sebelum ini.

FOTO VIA BERNAMA

Berikut Murai.my tampilkan senarai aktiviti & lokasi yang dilarang serta pembukaan bersyarat

Senarai Aktiviti & Lokasi Yang Dilarang

  1. Sebarang Penggambaran, Konsert dan persembahan pentas
  2. Pasar malam dan bazar malam.
  3. Kedai pakaian, dobi layan diri, kedai optik, tukang gunting rambut dan salon rambut,spa dan pusat refleksologi.
  4. Sebarang kelas tambahan termasuk tuisyen, kelas muzik, kelas tarian dan lain-lain
  5. Kelab malam dan pub.
  6. Taman tema, taman permainan dalaman, pusat karaoke, dan pawagam.
  7. Mesyuarat secara bersemuka.
  8. Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran, dan kegiatan lain yang berkaitan dengan industri pertemuan, insentif, konvensi, dan pameran.
  9. Acara sosial seperti perayaan, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis resepsi, acara keagamaan, ulang tahun, perjumpaan dan berkaitan
  10. Aktiviti sukan dan rekreasi, kecuali untuk berjoging (dalam kumpulan tidak lebih dari dua orang dan dalam lingkungan setempat) dan berbasikal (bersendirian, tidak lebih dari 10kilometer dari tempat kediaman).
  11. Pertandingan sukan, kejuaraan, dan aktiviti yang melibatkan aktiviti besar-besaran
  12. Aktiviti pelancongan.
  13. Setiap acara yang melibatkan ramai orang dan menyukarkan pelaksanaan penjarakan fizikal.
  14. Hotel dan pusat pelancongan

Pembukaan Bersyarat

  1. Hanya lima sektor ekonomi perlu (essential) dibenarkan beroperasi termasuk pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.
  2. Hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat.  Bagi kerja-kerja yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal, arahan bekerja dari rumah (BDR) akan berkuatkuasa. Sebagai contoh sekiranya terdapat 10 orang atau kurang dalam kumpulan pengurusan dan penyeliaan, hanya tiga orang sahaja dibenarkan di pejabat pada satu-satu masa.
  3. Jumlah pekerja kumpulan sokongan dan pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dalam barisan pengeluaran akan ditentukan oleh majikan dengan mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.
  4. Kenderaan perdagangan yang membawa barangan dan perkhidmatan dibenarkan keluar masuk menggunakan pas pekerja atau surat kebenaran majikan.
  5. Dibenarkan merentas daerah atau negeri bagi tujuan kerja namun perlu membawa pas pekerja atau surat kebenaran majikan serta surat pengesahan pendaftaran
  6. Kafe dan restoran hanya terima pesanan melalui pandu lalu, atas talian dan bawa pulang.
  7. Waktu operasi kafe,restoran dan klinik serta farmasi dibuka bermula jam 6 pagi hingga 8 malam
  8. Stesen minyak dibuka pada jam 6 pagi hingga 10 malam manakala di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam
  9. Pasaraya dibenarkan beroperasi jam 11 pagi hingga 4 petang atau 12 tengahari hingga 6 petang
  10. Pasar beroperasi dari jam 6 pagi hingga 2 petang
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI