Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Ada ‘Tudung Periuk’! Album Baharu Dayang Nurfaizah Ini Unik

by Khai Azfar
January 13, 2021
Share on Facebook

Selepas kali terakhir muncul dengan albumnya pada 10 tahun yang lalu, penyanyi tersohor negara Dayang Nurfaizah kembali dengan buah tangan terbaharu dengan membawa elemen lagu klasik Melayu dalam album yang diberi judul Belagu.

Kembali Selepas 15 Tahun 

Meskipun kesemua 8 buah lagu ini merupakan lagu-lagu klasik, namun Dayang telah mengambil risiko dengan memberikan nafas baharu dalam lagu-lagu ini termasuklah mempunyai duet bersama penyanyi Hael Husaini menerusi lagu Gurindam Jiwa.

Kali terakhir Dayang mempertaruhkan lagu-lagu berunsurkan klasik adalah pada 15 tahun lalu dalam album Kasih, kali ini dedah Dayang dia seperti berasa puas apatah lagi berjaya merakamkan kesemua lagu ini hanya dalam masa 2 hari.

Rakam Secara ‘Live’

Menurut Dayang ketika ditemui Murai pada majlis pra-dengar album Belagu, keistimewaan album kali ini tidak hanya pada susunan muziknya yang diterajui oleh komposer dan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito malah kesemua lagu telah menjalani proses rakaman secara langsung (live).

“Saya dah lama pendam impian untuk keluarkan album ini. Saya nak sangat dan sanggup ambil masa yang lama serta berhati-hati dalam pemilihan lagu untuk keluarkan album ini”

“Walaupun nyanyian saya tidak seperti nyanyian asal tetapi sebolehnya saya tidak mahu hilangkan terus keaslian lagu-lagu ini. Saya anggap ini sebagai tanggungjawab menghargai karya seni orang lama untuk mengajak orang ramai mendengar kembali lagu-lagu mereka” kata Dayang kepada Murai.my

Sebagai info, judul Belagu merupakan ilham dari Dayang sendiri yang mana diambil dari dialek Melayu Sarawak yang membawa maksud menyanyi.

Topik Berkaitan Dayang Nurfaizah Nafi Beri Flying Kiss Untuk Hael Husaini

Bagi lagu Tudung Periuk pula, Dayang pernah mempersembahkan lagu ini ketika di majlis penutup sukan SEA pada tahun 2017. Ketika itu, Aubrey juga merupakan pengarah muziknya sebelum kedua-duanya kembali berkolaborasi menerusi lagu yang sama dalam Belagu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Belagudayang nurfaizahDayang nurfaizah belagu
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara