• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Khai Bahar & Aina Abdul Jawab Spekulasi Sedang Bercinta

by Khai Azfar
January 15, 2021
Share on Facebook

Penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul kini tampil berduet menerusi lagu Nafas Cinta yang mula dimuatnaik di semua platform digital sejak awal Disember lalu.

Peminat Berteka-Teki Mengenai Hubungan Khai Bahar & Aina Abdul 

Semakin mendapat tempat di kalangan pendengar, peminat kedua-dua penyanyi hebat ini begitu gembira tatkala perkhabaran lagu duet mereka diperdengarkan malah ada diantara peminat membuat spekulasi kononnya Khai dan Aina kini sedang hangat bercinta apatah lagi muzik video berkenaan juga penuh dengan babak romantis meskipun ditayangkan secara animasi.

Hanya Sebagai Kawan 

Menjawab spekulasi tersebut, kedua-dua penyanyi ini tampil memberi kenyataan menerusi sebuah sidang media secara virtual yang diadakan pada petang Khamis.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul bin Baharuddin, 27 dia bersyukur apabila peminat membuat spekulasi bahawa mereka sedang bercinta. Namun baik Khai mahupun Aina, ianya hanya sekadar mempromosikan lagu tersebut dan tidak menyimpan perasaan lebih daripada seorang kawan.

“Bila dah timbul spekulasi itu, kami rasa sangat bersyukur kerana promosi lagu berjalan dengan baik. Tetapi kenyataannya kami hanya bekerja dan tidak menyimpan sebarang perasaan (cinta) antara satu sama lain. Aina pun sama seperti saya, kami hanya berduet” kata Khai kepada Murai.my

Aina Lancar 5 Single Pada 2020

Dalam pada itu, berbanding kebanyakan penyanyi lain yang memilih untuk melancarkan sekadar satu ataupun dua buah single setiap tahun, sebaliknya bagi Aina, dia mengambil risiko untuk melancarkan 5 buah single pada tahun lalu termasuk Nafas Cinta. Bagi empunya nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani,28 dia berbuat demikian sebagai hadiah buat peminat dan mengikut peredaran masa.

“Selalu formulanya adalah satu ataupun dua lagi, tetapi saya sedar di era industri kita sekarang ini, pendengar dan peminat mahukan sesuatu yang baru dengan cepat, jadi saya cuba mengikut trend tersebut” dedah Aina

Ketika ditanya mengenai siapakah yang akan berduet dengannya selepas ini, dedah Aina bagi tahun 2021 dia tidak mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu duet dengan penyanyi lain kerana ingin memfokuskan perancangan yang telah dibuatnya sebelum ini. Namun, dia tidak menolak untuk berduet sekiranya digandingkan dalam mana-mana program.

“untuk berduet di atas pentas atau program TV saya tidak akan menolak, tetapi dari segi single saya tidak terfikir ke situ lagi sebab perancangan yang saya dah aturkan untuk 2021 ini belum ke rancangan untuk berduet lagi” katanya lagi

Lagu Nafas Cinta bole dilayari di semua platform muzik digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, Youtube Music, Channel YouTube dan juga Apple Music dan serentak itu turut ditayangkan video muzik Nafas Cinta menerusi platform YouTube.

[VIDEO] Aina Abdul Terkejut Rakyat Indonesia Lagi Ramai Dengar Lagunya

YouTube video

aina abdulAina Abdul Khai Baharkhai bahar
https://lomp.at/shwe4
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore