Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Tahun Bertuah! Ini senarai Kejayaan Aina Abdul Sepanjang 2020

by Khai Azfar
December 29, 2020
68
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Aina Abdul pernah hilang buat seketika dalam industri muzik tanah air selepas mula dikenali sebagai Naib Juara Mentor Legend sekitar tahun 2014.

Titik Permulaan Aina Abdul 

Bagaimanapun kehilangan anak didik ratu rock negara Ella ini adalah kerana ingin menumpukan pelajarannya yang tertangguh seketika sejak menyertai program rancangan realiti itu. Kemunculan semulanya sekitar awal 2019 merupakan titik permulaan yang begitu menyinar buat empunya nama sebenar Nurul Aina binti Abdul Ghani,27.

Di sebalik negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak Mac yang lalu, rezeki buat Aina juga mencurah-curah sehingga namanya disebut-sebut sebagai antara penyanyi wanita popular ketika ini. Malah Aina juga membuktikan kejayaan yang diperolehi setanding dengan kerja kerasnya selama ini untuk mencipta nama.

Kejayaan Aina Abdul Sepanjang 2020

Boleh dikatakan tahun 2020 begitu bermakna buat pelantun Semalam ini, Murai.my kongsikan beberapa kejayaan Aina Abdul sepanjang 2020!

2 Lagu Dalam 1 Muzik Video Pertama Di Malaysia

Selepas muncul dengan single Semalam pada Mac lalu penyanyi dan komposer Aina Abdul sekali lagi memberikan kejutan buat peminatnya. Bukan satu, sebaliknya Aina tampil dengan dua buah lagu yang berjudul Maybe dan Kelip-Kelip. Menariknya, Aina turut mencipta kelainan yang mana buat pertama kalinya di dalam industri muzik Malaysia menyaksikan dua buah lagu ditampilkan serentak menerusi sebuah muzik video yang digarap khas buat penggemar muzik tempatan.

Juara The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

Siapa sangka disebalik topeng Bunga Raya yang sering kali tampil lincah di atas pentas merupakan penyanyi berbakat besar ini. Bersaing sengit dengan penyandang naib juara, Vanessa Reynauld yang memakai topeng Raja Brooke, Aina sekaligus mencipta sejarah sebagai juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama.

TokTi & Aina Abdul Pukau Xi Jinping, Nyanyi Lagu Mandarin & Tradisional Depan Presiden China

Lagu Semalam Ke AJL35

Meskipun persembahan lagu Sumpah di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 34 telah mencetuskan kontroversi nya tersendiri namun Aina nekad untuk bangkit dan memberikan persembahan terbaik di edisi AJL akan datang selepas single Semalam berjaya tersenarai sebagai 12 lagu yang akan bertanding.

Sinonim dengan figura yang sering kali memberikan kelainan pada setiap persembahannya, peminat menjangkakan persembahan Aina kelak semestinya akan menjadi satu persembahan yang akan terus diingati ramai.

Aina Abdul Juara Idol Bagi Vokal Mania 2020

Selama sembilan minggu bersiaran, Vokal Mania berakhir dengan menobatkan Aisha Retno sebagai Juara Rookie dan Aina Abdul sebagai Juara Idol pertama Vokal Mania. Kedua-dua juara itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 (Juara Rookie) dan RM50,000 (Juara Idol), sebuah ‘gaming chair’ Tomaz serta trofi Vokal Mania.Meskipun pernah tewas beberapa kali kepada Rookie, namun bagi ‘finale’ Aina telah tampil dengan kelainan tersendiri sekaligus dipuji oleh ramai selebriti dan peminat di media sosial.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aina abdulKejayaan Aina Abdul
https://lomp.at/ikdaj
Share27Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem