Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Perlu Tahu! Ini 10 Ciri Telegram Yang Tidak Ada Pada WhatsApp

by Naddy Joe
January 18, 2021
81
KONGSIAN
Share on Facebook

WhatsApp kini menjadi topik perbualan ramai kerana memperkenalkan dasar privasi yang mewajibkan pengguna untuk berkongsi data mereka dengan Facebook pada Februari 2021. Hal ini ditentang oleh ramai pihak kerana dianggap berbahaya atau menyalahgunakan privasi pengguna. Hal ini juga menyebabkan ramai orang sudah mula meninggalkan WhatsApp dan salah satu aplikasi yang menjadi alternatif adalah Telegram.

Aplikasi Telegram ini mempunyai pelbagai ciri yang anda tidak akan jumpa pada aplikasi WhatsApp. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!

Ruang Penyimpanan Tanpa Had

Cloud storage semakin diperlukan pada masa kini kerana fail yang disimpan melalui cloud storage lebih selamat, tidak mudah hilang, tidak berada dalam peranti, dan mudah diakses.

Salah satu cloud storage yang boleh anda gunakan adalah Telegram. Aplikasi ini menyediakan ruang penyimpanan tanpa had yang bermaksud anda boleh menyimpan mesej, gambar, dan pelbagai fail lain di dalamnya secara percuma.

Menghantar Media Tanpa Risaukan Kualiti

Apabila anda menghantar foto dan video melalui WhatsApp, kualitinya kadangkala akan menurun. Hal ini kerana aplikasi compresses atau memotong saiz fail yang memudahkan untuk dihantar dan hal ini menyebabkan foto dan video sering menjadi kabur.

Anda tidak akan menemui masalah ini pada Telegram. Aplikasi sembang ini memberikan pilihan kepada anda setiap kali anda menghantar media. Anda ingin menghantar media atau fail dengan saiz yang asal? Anda tidak perlu takut dengan foto dan video yang kabur apabila menggunakan Telegram.

Dapat Menambah Rakan Melalui Username

Jika anda ingin menghubungi rakan menggunakan WhatsApp, anda harus menyimpan nombor telefon mereka terlebih dahulu. Tetapi di Telegram, anda boleh menambahkan kenalan hanya menggunakan username.

Menurut pembangun aplikasi ini, ciri ini direka untuk mengurangkan penyalahgunaan nombor telefon, Dengan cara itu, privasi pengguna dapat dilindungi dengan selamat.

Anda boleh Mengedit Mesej

Setiap orang pasti melakukan kesalahan sewaktu menaip atau typo mistake. Melihat akan masalah ini, Telegram menambahkan ciri message editing yang mana anda boleh selesaikan typo dengan butang “Edit”.

Penerima mesej akan mendapat maklumat bahawa anda telah menukar mesej tetapi mereka tidak akan mengetahui mesej asal yang anda hantar.

Mesej Rahsia

Telegram juga mempunyai ciri yang dikenali sebagai mesej rahsia atau Secret Chat. Fungsi ini tidak akan ditemui pada aplikasi WhatsApp dan aplikasi sembang yang lain. Anda boleh menghantar mesej yang private and confidential.

Secret Chat ini menggunakan end-to-end encryption yang bermaksud tidak ada pihak lain yang mengethui mesej anda kecuali mereka yang berada di chat room yang sama. Telegram juga tidak dapat mengetahui apa yang anda bualkan di Secret Chat.

Secret Chat juga mempunyai self-destructed properties atau dapat memadamnya dalam jangka masa yang anda tentukan. Penghantar dan penerima mesej juga tidak dapat forward kepada orang lain.

Group Pada Saiz Lebih Besar

Ramai orang yang menjadi ahli dalam WhatsApp Group ini terhad hanya untuk 256 kenalan sahaja. Ia adalah kuantiti yang besar dan mencukupi untuk kegunaan peribadi dan profesional.

Tetapi di Telegram, terdapat ciri yang dikenali sebagai “supergroup” yang dapat menampung sehingga 5 ribu ahli. Ciri yang terdapat pada “supergroup” lebih lengkap daripada kumpulan biasa seperti menggunakan hashtag, pin specific messages, dan banyak lagi.

Sembunyikan Last Seen Dari Orang Tertentu

Salah satu ciri yang sering mendapat perhatian di WhatsApp ialah Last Seen atau blue checkmark. Pengguna sering mematikan ciri ini supaya orang lain tidak dapat mengetahui aktiviti mereka dalam aplikasi.

Ciri Last Seen juga boleh didapati di Telegram. Apa yang membezakannya adalah anda dapat mengawal siapa yang dapat melihat dan siapa yang tidak dapat melihatnya, Jadi setting ini boleh disesuaikan mengikut pilihan anda.

Boleh Log In Dari Pelbagai Peranti

WhatsApp secara umumnya hanya boleh digunakan pada dua peranti iaitu satu telefon pintar dan satu pada dekstop. Anda tidak boleh log masuk pada dua telefon pintar sekaligus untuk mengelakkan daripada digodam.

Tidak seperti Telegram, anda boleh log masuk akaun anda pada lebih dari satu peranti serentak. Hal ini akan memudahkan pada anda yang menggunakan pelbagai telefon pintar.

Boleh Menghantar Fail Bersaiz Besar

WhatsApp menghadkan saiz fail yang boleh dihantar sehingga 16MB sahaja. Sekiranya melebihi had ini, anda akan diberi amaran File too large to send atau File too large yang menyebabkan anda terpaksa memotong kualitinya.

Sekiranya anda mencari aplikasi yang dapat transfer fail bersaiz besar. anda boleh mencuba Telegram kerana aplikasi ini dapat menghantar fail bersaiz besar sehingga 2GB dalam pelbagai format.

Polisi Privasi Yang Lebih Terjaga

Aplikasi ini mempunyai dua protokol standard yang berbeza. Mesej biasa encrypted on a client-server basis. Hal ini bermaksud Telegram dapat mengakses mesej anda. Walaubagaimanapun, hal ini hanya dapat dilakukan apabila anda menyalahgunakan aplikasi dan mendapat tuntutan dari pihak berkuasa.

Mesej dalam Secret Chat tidak dapat diakses oleh sesiapa kecuali orang yang terlibat dalam perbualan. Telegram juga tidak mempunyai akses untuk membuka Secret Chat anda.

Kemudian, Telegram setakat ini hanya mengumpulkan tiga jenis data dari pengguna, iaitu contact information, ID atau username, dan nombor telefon. Manakala WhatsApp dilihat mengumpulkan lebih banyak data seperti lokasi, contacts pada telefon pintar anda, data pengiklan, ke peranti yang anda gunakan.

Apa komen Anda? Mahu Bertukar Ke Telegram?

https://lomp.at/07gwh
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem