Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Minggu Terakhir! Shuib Sepahtu Umum Tinggalkan Hot FM

by Khai Azfar
January 18, 2021
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebentar tadi,menerusi siaran langsung yang ke udara, pelawak yang juga penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu membuat pengumuman yang mengejutkan yang mana dia telah memaklumkan bakal meninggalkan stesen radio itu.

Ingin Fokus Perniagaan

Menerusi sebuah video yang turut dikongsi di laman Instagram Hot FM, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad,37 mengumumkan keputusan tersebut kerana ingin memfokuskan perniagaannya. Dedah Shuib lagi, kontrak perkhidmatannya bersama HotFM akan tamat pada 31 Januari 2021 namun dengan berat hati, dia terpaksa membuat langkah drastik itu selepas memikirnya untuk sekian lama.

“Kepada semua pendengar hotfm, saya nak mengumumkanlah secara rasmi nya, hari ini 18 Januari lebih kurang beberapa hari lagi sebab kontrak saya tamat adalah pada 31 Januari 2021, so hari ini nak bagitau dengan rasminya selepas ini saya tidak akan ada lagi bersama geng pagi hot” umum Shuib

Fizie Dan Shuk Terkejut

View this post on Instagram

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Rakan sejawatnya, Shuk Sahar dan Fizie yang meluahkan rasa terkejut turut menyangkakan bahawa Shuib hanya sekadar bergurau mengenai pengumuman tersebut, namun Shuib berkata ianya adalah benar meskipun berat untuk diluahkan.

“Ini keputusan yang betul,keputusan dah lama difikirkan” katanya lagi

Meninjau hantaran Shuib di laman Instagram miliknya, dia meletakkan emoji ringkas yang tengah sedih selain isterinya yang juga penyanyi terkenal, Siti Sarah meninggalkan komen kata-kata semangat buat Shuib yang menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat selain turut mendoakan yang terbaik buatnya.

“Semoga Allah mepermudahkan segala urusan you sayang❤️ I will support you apa jugak keputusan yang you ambil” komen Sarah

Sejurus selepas perkongsian itu, rata-rata pendengar dan juga rakan-rakan selebriti turut terkejut dan bersedih dengan pengumuman yang dibuat oleh Shuib meskipun baru bersama Hot FM selama hampir dua tahun.

Namun dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan kejayaan Shuib pada masa akan datang selain akui trio ‘Geng Pagi Hot’ tidak akan sama seperti sekarang tanpa pembabitan Shuib.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: hotfmShuib SepahtuShuib Sepahtu Hotfm
Share7Tweet4SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”
Gossip

[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”

by Naddy Joe
January 31, 2023
Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?
Gossip

Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?

by Naddy Joe
January 31, 2023
Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa
Gossip

Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa

by Naddy Joe
January 31, 2023
Suami Fatin Afeefa Dikritik Netizen Selepas ‘Riak’ Dengan ‘Gift’ Di TikTok?
Gossip

Suami Fatin Afeefa Dikritik Netizen Selepas ‘Riak’ Dengan ‘Gift’ Di TikTok?

by Naddy Joe
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan