Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Aisha Retno Jadi Buruan Ramai Komposer!

by Khai Azfar
January 18, 2021
Share on Facebook

Siapa sangka, tuah dinobatkan sebagai juara pertandingan Vokal Mania untuk kategori rookie baru-baru ini, penyanyi Aisha Retno, 20, kini semakin dikenai ramai dan mencuri perhatian industri muzik.

Pertaruhkan Single Baharu

Enggan ‘membuang masa’ dengan tempias populariti rancangan realiti itu, Aisha kini tampil dengan lagu pertaruhan baharu berjudul Cinta Denganmu. Difahamkan, lagu ini berkisar dunia percintaan yang tidak terlepas daripada cerita kesedihan hanya satu pihak bertepuk sebelah tangan.

Lagu Ciptaan Farouk & Amylea 

Bukan sahaja dikenali dengan kelantangan vokal yang begitu memukau, penyanyi kacukan Indonesia-Malaysia ini jelas membuktikan dia antara pelapis baharu berpotensi besar pergi jauh. Tidak hairanlah dia semakin menjadi buruan ramai komposer untuk menyanyikan lagu mereka termasuklah lagu ciptaan Farouk Roman dan Amylea Azizan ini.

Lagu ‘Cinta Denganmu’ juga merupakan antara runut bunyi untuk drama Takdir Yang Tertulis arahan pengarah tersohor, Shahrulezad Mohameddin. Drama dibintangi Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, dan Alvin Chong itu bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula pada Januari ini.

Berkongsi mengenai lagu ini, Aisha menerusi kenyataan media berkata ia sebuah cerita percintaan yang menyedihkan bertepatan dengan plot cerita drama itu sendiri. Menerusi Cinta Denganmu, dia sendiri dapat merasa keperitan seorang wanita yang cintanya tidak berbalas. Lantas, baginya kebahagiaan itu tidak semestinya menjadi milik seseorang.

“Lagu ini berkenaan perasaan cinta seorang wanita tidak diterima si lelaki. Lambat-laun, dia terpaksa akur cintanya bertepuk sebelah tangan meski sudah cuba berusaha mengejar cintanya. Wanita itu sangat berharap dapat menjaga lelaki itu walau apa pun dugaan menimpanya. Tapi malangnya, lelaki itu tidak mampu membalas cintanya.

“Mesej lagu ini sebenarnya adalah cinta itu tidak perlu dipaksa dan kena hadir sendiri. Kepada pasangan bercinta pula, mereka seharusnya memiliki kesefahaman daripada kedua pihak. Tidak dilupakan, bukan semua pasangan bercinta mampu mengecap kebahagiaan diidam,” katanya

Mudah Bekerjasama Dengan Dua Komposer Terkenal 

Apapun, Aisha mengakui sangat teruja mendapat kepercayaan untuk melunaskan Cinta Denganmu memandangkan dia sendiri sentiasa mengagumi hasil karya Farouk dan Amylea. Ternyata, dua figura itu cukup profesional untuk memastikan Aisha selesa menyuntik penjiwaan peribadinya dalam lagu ini.

“Alhamdulillah proses pembikinannya sangat lancar dan dipermudahkan. Bekerja dengan Farouk dan Amylea adalah satu penghormatan buat saya. Seminggu sebelum rakaman, Farouk memberikan demo lagu itu kepada saya selain banyak perbincangan dibuat bagaimana untuk saya sesuaikan diri dengan lagu ini”

“Walaupun Farouk memang tidak dinafikan nama besar, beliau masih lagi terbuka menerima pendapat orang baharu seperti saya. Sewaktu rakaman, saya mendapat tunjuk ajar daripada Jat Lobo yang berperanan sebagai pengarah vokal. Dialah yang membantu saya daripada segi penjiwaan demi memastikan penyampaian nyanyian saya berkesan,” katanya lagi

Bagaimanapun, Aisha juga tidak mengambil mudah dan hanya sekadar mahu menyanyikan lagu ini tanpa belajar selok-belok liriknya. Dia mengakui kurang pengalaman dalam bercinta menjadi cabaran terbesar yang harus dia sahut. Menurutnya, mujur kehadiran Jat Lobo memberikannya nafas lega sepanjang di studio rakaman.

“Secara peribadi, cabaran terbesar semestinya untuk mendalami liriknya. Saya sendiri belum pernah mengalami perit percintaan sebagaimana kisah lagu ini. Memang saya akui agak ambil masa juga untuk saya benar-benar dapat menghayatinya. Tapi alhamdullilah, Jat Lobo sangat membantu sepanjang proses itu,” tambah Aisha

Sebgai info, Aisha pernah menghasilkan beberapa lagu termasuk Terima Kasih duet bersama Yuka Kharisma dan Mengikat Jiwa yang berjaya membuka mata peminat untuk mengikuti kerjaya nyanyiannya sebelum ini. Semakin meraih pengikut di media sosial, Aisha juga sentiasa memuat naik video nyanyian semula lagu artis lain di Instagram. ‘Cinta Denganmu’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube dan Youtube Music.

[VIDEO] Aisha Retno Kongsi Momen Bertemu Ariana Grande & Cynthia Erivo, Netizen & Rakan Selebriti Teruja!

YouTube video

Aisha Retno
https://lomp.at/k83yw
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

ASMARALOKA Fest 2026 Kembali Dengan Skala Lebih Besar Pada 4 Julai Ini

by Naddy Joe
May 15, 2026

Selepas mencipta fenomena pada penganjuran Asmaraloka 2024 terdahulu, Asmaraloka Fest kini bersedia untuk kembali pada tahun 2026 untuk menemui peminat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
Indonesia

Peterpan Umum Barisan Artis Jemputan Bakal Kongsi Pentas Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
May 15, 2026

“The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita” bukan sekadar membawa lagu-lagu lama kembali ke atas pentas, tetapi meneruskan sebuah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara