Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Suami Ziela Jalil Kongsi Detik Perkenalan & Cabaran Berpoligami

by Zaidin Albert
January 18, 2021
116
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil berkahwin untuk kali kedua dengan pilihan hati, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar. Perkahwinan dirahsiakan sejak tahun 2019  sehinggalah anak perempuan suaminya mendedahkan hal ini di laman twitter.

Menceritakan detik perkenalan kepada BH Online, Osman berkata, kali pertama bertemu Ziela atas urusan pembelian kereta dan uji pandu.

“Kali pertama saya bertemu dengan Ziela pada 2013 atas tujuan mahu membeli keretanya. Saya datang ke rumahnya untuk melihat keadaan kereta dan uji pandu. Saya setuju membelinya memandangkan keadaan kenderaan ini dijaga rapi dan jenis yang saya inginkan”- katanya kepada BH Online.

Tambahnya lagi, Osman memberitahu, dari perkenalan itu, mereka sering  bertemu dalam majlis agama. malah Osman pernah mengendalikan majlis tahlil untuk arwah suami Ziela, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.

Cabaran Berpoligami

Bercakap melalui pengalamannya di dalam berpoligami, Osman berkata, bukan mudah sebenarnya untuk berpoligami. Namun dia mengakui  masih dalam proses pembelajaran.

“Poligami adalah perkara paling mulia. Tak dinafikan, agak sukar menjadi seorang yang sempurna, tetapi saya akan melakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah. Apa yang pasti, hati kedua-duanya isteri perlu dijaga. Justeru, saya perlu bersikap jujur dengan mereka”- ujarnya.

Osman berkata, dia hanya berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan untuk menjadi suami yang baik kepada kedua-dua isterinya. Dan dia bersyukur kerana mempunyai isteri-isteri yang amat memahami perasaannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
Datuk Syed Osman Alhabshee Syed OmarMegat Junid Megat AyobTan Sri Dato' Seri Megat Junid bin Megat Ayubziela jalil
https://lomp.at/jk2qj
Share46Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem