Tak Sangka! 6 Kegunaan ‘Laundry Detergent’ Selain Mencuci Pakaian

45
KONGSIAN

Laundry detergent atau pencuci pakaian sememangnya menjadi keperluan setiap orang yang menggunakannya untuk mencuci pakaian. Tetapi tahukah anda, pencuci pakaian ini mempunyai kegunaan lain selain mencuci pakaian? Stay tune guys!

Pencuci Serbaguna

Anda hanya perlu campurkan 1/3 cawan peluntur, 1 gelen air, dan satu serbuk pencuci. Ia berfungsi dengan sangat baik pada dinding, permukaan bilik mandi, dan hampir seluruh tempat.

Menghilangkan Noda Pada Sofa

Anda hanya perlu sapukan serbuk pencuci pakaian pada noda , kemudian gosokkan dengan lembut menggunakan kain lembap untuk memastikan sabun pencuci mencuci noda tersebut. Tunggu lima minit, kemudian sapu lebihan dan ulangi sehingga noda hilang.

Mencuci Kereta

Pencuci pakaian juga sangat berkesan untuk mencuci bahagian luar kereta. Tetapi pastikan untuk mencairkannya, hanya satu sudu per baldi yang digunakan, dan menggunakan detergent yang ringan.

Mencuci Lantai

Enzim yang terdapat pada pencuci pakaian berfungsi dengan sangat baik untuk membersihkan kotoran dari lantai. Anda hanya perlu menambahkan sedikit sabun pencuci pada satu baldi air panas, kemudian anda boleh mula mengemop lantai. Pastikan mop anda tidak terlalu basah kerana ia akan meninggalkan kesan pada lantai.

Membersihkan Rak Oven

Untuk membersihkan rak oven yang berminyak, letakkan ia pada bekas besar dan isi air panas sehingga rak terendam. Tambahkan 3/4 cawan pencuci pakaian dan biarkan semalaman. Kemudian, gosokkan minyak dan kotoran menggunakan span atau berus lembut.

Membersihkan Saluran Tersumbat

Sekiranya anda mengalami keadaan saluran tersumbat, anda hanya perlu tuangkan 1/4 cawan cecair pencuci pakaian ke dalam longkang, dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, tuangkan air mendidih ke saluran tersumbat tadi. Bahan pencuci semestinya membantu menyingkirkan bahan yang boleh menyumbatkan saluran tersumbat.

Selamat Mencuba!

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN