Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

[VIDEO] Kisah ‘Tersirat’ Sebenar Dekorasi Raya di KLCC Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
March 23, 2024
82
KONGSIAN
Share on Facebook

Di sebalik keriuhan dan kegemilangan dekorasi Raya yang memukau di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), terdapat satu kisah yang mungkin ramai tidak mengetahuinya. Di sebalik cahaya gemerlapan dan suasana meriah, tersembunyi cerita dan makna yang mungkin ramai terlepas pandang.

Setiap tahun, ribuan pelancong dan penduduk setempat membanjiri KLCC untuk menyaksikan keindahan dekorasi Raya yang megah. Dari lampu berkelip-kelip hingga hiasan yang mengagumkan, KLCC menjadi tempat untuk mencari inspirasi dan merasai semangat perayaan.

Namun, apakah yang sebenarnya terdapat di sebalik keindahan ini? Apakah cerita yang tersirat di sebalik dekorasi yang memukau?

Keindahan bunga ‘bougainveilla”

Dekorasi sambutan perayaan Hari Raya kali ini  memukau para pengunjung apabila laman ‘Centre Court’ ditransformasikan menjadi suasana taman yang bertemakan keindahan bunga ‘bougainveilla” atau lebih dikenali sebagai bunga kertas, pokok palma dan juga pelbagai dedaun dan bunga tropika tempatan.

‘Rumah Kampung’ tradisional

Berdiri di tengah-tengah ruang hiasan yang gah, tersergam indah sebuah ‘Rumah Kampung’ tradisional dengan tata landskap yang menggamit nostalgia. Dekorasi lebaran kali ini turut membawakan latar belakang yang klasik dan sempurna apabila ‘Rumah Kampung’ tersebut turut dilengkapi dengan hiasan anyaman asli seperti bakul, kipas tangan dan dulang.

Permainan tradisional

Pengunjung juga boleh mencuba bermain permainan tradisional seperti ‘Teng Teng’, ‘Batu Seremban’ dan juga ‘Congkak’ sepanjang tempoh kempen Hari Raya. Tidak kurang daripada itu, para pengunjung juga berpeluang untuk merakam detik berharga di sudut ‘photobooth’ yang mana para pengunjung akan menerima cetakan fizikal dan salinan dalam talian secara percuma. Kemeriahan berganda dapat dirasakan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang bakal berlangsung pada hujung minggu.

Melalui kerjasama dengan Kraftangan Malaysia, Pihak Suria KLCC akan membawakan pelbagai aktiviti menarik seperti Demonstrasi Kraf dan Sesi Interaktif Kraf yang bakal berlangsung di laman ‘Centre Court’ dan jualan kraf tempatan di ‘Ramlee Mall’ yang berlokasi di aras 1 bermula dari 15 Mac sehingga 7 April. Seiring dengan komitmen Suria KLCC yang terus memperjuangkan Kesedaran Kesihatan Mental, para pengunjung yang mengambil bahagian di dalam aktiviti yang tersenarai

‘Lampu Pelita’ setinggi 60 kaki

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Dekorasi megah Suria KLCC kali ini turut membawakan binaan ‘Lampu Pelita’ setinggi 60 kaki di laman ‘Esplanade KLCC’. Binaan ini turut diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ pada tahun 2022 sebagai replika ‘Lampu Pelita’ terbesar di Malaysia yang memaparkan tekstur anyaman berwarna- warni pada setiap panel replika tersebut.

Pengalaman membeli-belah musim perayaan di Suria KLCC turut diperkaya dengan ganjaran yang
menarik di mana pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit dari 15 Mac hingga 14
April akan menerima e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 serta satu set sampul Hari Raya
eksklusif Suria KLCC.

Pusat Beli-Belah ikonik, Suria KLCC menjemput para pengunjung untuk menulusuri sambutan yang imersif pada musim perayaan Hari Raya kali ini. Suria KLCC membawakan kempen Hari Raya yang berlangsung selama 38 hari bermula dari 15 Mac sehingga 21 April bersempena dengan hari lebaran yang bakal kunjung tiba pada 10 dan 11 April kelak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/fsb11
Share33Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem