Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Rahsia Wanita Tertua Di Dunia Meraikan Ulang Tahun Yang Ke 118

by Amirul Fikry
January 23, 2021
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Kane Tanaka adalah wanita tertua di dunia yang dilahirkan pada 2 Januari 1902 dan baru-baru ini dia telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 119. Dia adalah anak ketujuh dari sembilan orang adik beradik yang tinggal di rumah jagaan di Fukuoka, barat daya Jepun.

Tanaka telah ditabalkan oleh Guinness World Records sebagai wanita tertua di dunia pada bulan Mac 2019 dan pada waktu itu usianya adalah 117 tahun. Dia adalah wanita yang dilahirkan pada tahun yang sama dengan novelis terkenal Britain iaitu George Orwell seperti yang dilaporkan oleh satu laman web Kyodo.

Dia juga menetapkan rekod usia Jepun sepanjang masa pada bulan September tahun lalu pada 118 tahun dan 261 hari. Semasa tinggal di rumah jagaan di Fukuoka, Tanaka telah meraikan ulang tahunnya bersama dengan penduduk yang lain. Dia sangat gembira dan berkata, “Puji semua orang”.

“Kebiasaannya, dia akan menghabiskan waktunya untuk bersenam, mengira dan bermain Reversi. Dia juga mempunyai selera makan yang kuat dan suka makan coklat dan minum Coke”. Kata salah seorang penjaga di rumah jagaan berkenaan.

Ketika ditanya mengenai rahsia umur panjangnya, Tanaka hanya menjawab, “Makanlah dengan baik dan belajarlah”. Dia mengatakan bahawa dia berhasrat untuk hidup sehingga 120 tahun.

“Ini adalah satu keadaan yang sangat sukar kerana pandemi Corona virus yang sedang melanda dunia, namun Kane baik-baik sahaja”. Kata cucunya yang berusia 61 tahun, Eiji. Dia juga gembira kerana neneknya itu dapat bersenang senang setiap hari.

via independent.ie

Kane Tanaka telah disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai wanita tertua di dunia. Rekod sebelumnya dipegang oleh rakan senegaranya iaitu Nabi Tajima, seorang penduduk Pulai Kikai di Prefektur Kagoshima, barat daya Jepun yang telah meninggal dunia pada April 2018 yang lalu.

Ketika Tanaka dianugerahkan sebagai wanita tertua di dunia, dia meraikannya dengan meminum Coke iaitu minuman kegemarannya dengan hanya memakai kemeja. Fotonya telah diberikan oleh cucunya, Eiji.

wanitatertuadidunia ulangtahunyangke118
https://lomp.at/qjpq9
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem