Sebut sahaja kumpulan K-Pop, pasti panjang senarai nama kumpulan yang bermain di minda antara BLACKPINK, BTS, MAMAMOO, Red Velvet, dan banyak lagi. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat kumpulan K-Pop lain yang dijangka akan memulakan debut pada tahun 2021 ini? Anda ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!
KINGDOM
KINGDOM adalah kumpulan lelaki yang akan datang dengan konsep yang paling unik pada tahun ini iaitu kesatria. Mereka berada di bawah agensi GF Entertainment dan akan memulakan debut pada 18 Februari dengan tujuh orang ahli iaitu Arthur, Mujin, Louis, Dann, Ivan, Jahan, dan Chiwoo.
https://www.youtube.com/watch?v=pmLK5lwNYhE
TRI.BE
Dahulunya dikenali sebagai TRI.ANGLE dan LIONGIRLS, TRI.BE adalah kumpulan yang terdiri daripada 7 orang ahli yang berada di bawah TR Entertainment dahulunya dibawah Lionheart Entertainment). Nama mereka dipecah menjadi ‘Tri’ dari segitiga (simbol kesempurnanaan) dan ‘be’ untuk kewujudan, dan apabila digabungkan menjadi ‘kewujudan yang sempurna’.
Gadis-gadis tersebut co-produced oleh Shinsadong Horangi dan Universal Music dan dijadualkan debut pada bulan Februari. TRI.BE terdiri daripada Songsun, Kelly, Jinha, Hyunbin, Jia, Soeun, dan Mire.
NTX
NTX adalah sebuah kumpulan besar terdiri daripada 10 orang ahli dari Victory Company. Disebabkan COVID-19, debut Januari mereka ditunda hingga pertengan Mac, walaupun mereka melancarkan beberapa single sebelum debut pada tahun 2020. Antara ahli kumpulan NTX adalah Hyeongjin, Yunhyeok, Jaemin, Changhun, Hojun, Eunho, Jiseong, Seongwon, Gihyun, dan Rohyun.

PURPLE KISS
Walaupun PURPLE KISS memula pra-debut pada bulan November tahun lepas, debut mereka yang sebenar dijadualkan pada awal tahun ini. Mereka berada di bawah RBW Entertainment, yang terkenal dengan kumpulan seperti MAMAMOO, VROMANCE, ONEUS dan ONEWE. PURPLE KISS terdiri daripada tujuh orang ahli iaitu Park Jieun, Na Goeun, Dosie, Ireh, Yuki, Chaein, dan Swan.

CIIPHER
CIIPHER adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang yang ahli kumpulan yang berada di bawah Rain Company. Antara ahli kumpulan CIIPHER adalah Hyunbin, Tan, Hwi, Keita, Tag, Dohwan, dan Won. Kumpulan CIIPHER dijadualkan memulakan debut pada awal 2021.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.