Setiap tahun, beberapa K-pop idol membuat keputusan untuk meninggalkan agensi mereka bina karier selama bertahun-tahun. Apa sebabnya? Bekas ahli kumpulan Blady iaitu Tina (kini dikenali sebagai soobeanie_ di Youtube) mendedahkan beberapa sebab utama dalam video yang dimuatnaiknya dalam Youtube. Ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!
Kurang Pendapatan
Menurut soobeanie, walaupun tinggal bersama agensi selama bertahun-tahun, ramai K-Pop idol tidak menghasilkan satu sen pun dalam tempoh kontrak mereka. Beliau turut menjelaskan bahawa banyak kumpulan yang tidak pernah didengar oleh kebanyakan peminat K-Pop kerana nama mereka tidak cukup besar untuk masuk ke music shows.
Kumpulan-kumpulan seperti ini sering bergelut untuk menghasilkan wang yang cukup untuk lihat menjadi idol sebagai sebuah kerjaya yang berdaya maju. Dan sebab itulah, kumpulan yang berpendapatan kecil cenderung untuk dibubarkan daripada memperbaharui kontrak apabila tiba waktunya.
“Sejujurnya ini adalah persekitaran yang sukar dan ini bukan pekerjaan yang paling stabil.” – soobeanie
Kurang Populariti
Ramai peminat menganggap bahawa kumpulan yang paling popular berkemungkinan besar akan meninggalkan agensi mereka. Mereka mungkin mendapat banyak tawaran baik dari syarikat lain yang terdesak untuk mendapatkan artis yang menguntungkan.Walaubagaimanapun, soobeanie menjelaskan bahawa kumpulan yang kurang popular selalunya adalah antara yang akan memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka.
Sekiranya seorang artis tidak mendapat banyak comeback dan promosi kerana tidak menghasilkan wang yang mencukupi, hal itu juga mendorong mereka untuk beredar apabila kontrak mereka berakhir.
Sukar Untuk Bergaul

Idols sering meninggalkan agensi mereka kerana pertikaian umum sesama ahli kumpulan yang lain. Sama ada seorang idol menjadi sasaran buli atau beberapa ahli kumpulan tidak menyukai antara satu sama lain. Hanya sedikit sahaja artis yang ingin kekal dalam persekitaran yang saling memusuhi.
Selain itu, beberapa idol memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka kerana mereka tidak serasi untuk bergaul dengan CEO agensi atau staf-staf yang lain.
“Ianya sangat mengecewakan apabila anda tidak dapat membuat perjanjian dengan syarikat, sehingga para artis memutuskan untuk berpindah ke tempat lain.”- soobeanie
Kurang Kebebasan

Soobeanie mengatakan bahawa salah satu masalah yang paling mengecewakan yang mendorong para idol untuk meninggalkan agensi mereka adalah kekurangan kebebasan. Hal ini termasuk kurangnya kebebasan kreatif, yang mana syarikat melarang artis mereka untuk mengambil bahagian dalam penulisan lagu, arahan video muzik, gaya, dan banyak lagi.
Ia juga merangkumi kebebasan peribadi. Soobeanie mendedahkan bahawa walaupun beberapa tahun melewati tahap pemula, beberapa syarikat masih mengawal pergerakan setiap idol. Sebilangan idol membenci larangan dating, sementara yang lain tidak dibenarkan untuk keluar bersama rakan. Apabila sesebuah kumpulan merasakan kehidupan mereka tidak layak untuk dikorbankan, mereka akan memutuskan untuk dibubar.
Laluan Karier Yang Berbeza

Walaupun majoriti idol menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk performing dan menghasilkan muzik, ramai bintang turut mengejar bidang lain seperti lakonan, pelbagai pengacaraan, Youtube, pengiklanan, bahkan perniagaan dan bidang hartanah.
Menurut soobeanie, itulah sebabnya menempuh laluan karier yang berbeza adalah alasan yang sangat umum mengapa ramai kumpulan dibubarkan. Sesetengah idol menyedari bahawa menjadi idol tidak memenuhi jangkaan mereka, manakala yang lain hanya ingin mencari agensi yang sesuai dengan kepelbagaian minat mereka.

Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.