Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Respek! Ini Alasan Jill Biden Pakai Gaun ‘Murah’ Di Pelantikan Joe Biden

by Phic ARMAN
January 21, 2021
Share on Facebook

Joe Biden secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 pada hari Rabu (20/1) waktu tempatan. Perasmian ini juga menandakan peranan isterinya, Jill Biden, yang kini secara rasmi menjadi First Lady atau Wanita Pertama Amerika Syarikat.

Penampilan Jill ketika menemani suaminya ke Bangunan Capitol tentunya adalah salah satu perkara yang paling mencuri perhatian. Memakai gaun berwarna biru terang, Jill ternyata selesa dengan imejnya.

Diketahui pakaiannya bukan berasal dari jenama fesyen terkenal.  Jill memilih koleksi jenama kecil dengan harga yang jauh lebih murah.

Dilaporkan dari NYTIMES, Jill muncul dengan pakaian biru laut dan coat oleh Alexandra O’Neill, pereka dan pengasas label bernama Markarian. Sebilangan besar pakaian yang siap dipakai berharga antara AS$ 1,000 hingga AS$ 4,000.

Coat ini dilengkapi dengan kolar baldu yang meninggalkan kesan mewah. Pada kolar, ia dihiasi dengan perincian kristal dan mutiara yang memancarkan aura glamor tanpa terlalu menonjol.

Alexandra O’Neill

Setelah diselidiki, nampaknya ada alasan di sebalik pemilihan pakaian tersebut. Menurut pereka, warna biru yang digunakan oleh Jill menandakan rasa yakin, percaya diri dan stabil.

Mahu Sokong Pereka Tempatan Yang Baru

Sementara itu, Markarian sendiri berpengkalan di New York dan hanya menapak selama tiga tahun. Jill Biden menjadikan perasmian ini sebagai platform untuk menyokong pereka tempatan yang baru bermula dalam industri fesyen.

Bagi Alexandra O’Neill, dapat merancang pakaian untuk Jill Biden adalah salah satu pencapaian terbesar dalam kariernya. “Ini luar biasa,” kata pereka yang karyanya digunakan oleh Kate Hudson dan Lizzo.

“Kami bekerja tanpa henti dari akhir Disember. Pasukan kami sangat kecil, hanya enam orang,” tambahnya.

Error happened.
Amerika Syarikatfesyenjill bidenJoe Biden
https://lomp.at/azcn0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara