Saturday, June 25, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Budaya Kesihatan

Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Selepas Bersalin Dari YM Che Puan Khaleeda

by Caera
January 23, 2021
Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Selepas Bersalin Dari YM Che Puan Khaleeda
Share on Facebook

Mana ada orang yang suka bila berat badan semakin bertambah, apa lagi selepas melahirkan anak. Namun, ada juga segelintir wanita yang selepas melahirkan anak sangat susah untuk melakukan senaman dan diet. Ini adalah kerana kesibukan seharian dan kurang mengambil berat dalam isu menjaga kesihatan badan termasuk menjaga berat badan.

Sebenarnya wanita selepas bersalin harus menetapkan satu sasaran agar berat badan dapat kembali ke bentuk asal dan badan terasa lebih sihat dan segar.

Jom kita tengok tip yang dikongsikan oleh YM Che’ Puan Khaleeda tentang bagaimana cara beliau dapat menguruskan berat badan selepas bersalin.

Menyusu Badan

via ig

Memang terbukti bahawa menyusu badan bukan sahaja baik pada bayi tetapi juga kepada ibu yang melahirkan. Ini adalah kerana aktiviti menyusukan bayi dapat membakar antara 200 – 500 kalori setiap hari. Sama seperti anda melakukan senaman selama setengah jam.

Disamping itu, menyusu juga dapat membantu mengecutkan rahim dan perut akan lebih cepat kempis. Katanya juga, aktivi menyusukan bayi akan menggunakan banyak tenaga sehingga beliau merasakan makanan yang diambil sangat mudah dihadam dengan cepat.

Antara lainnya juga, bayi yang menyusu boleh dikaitkan dengan cara pemakanan si ibu. YM Che’ Puan Khaleeda sendiri mengaku apabila menyusukan bayi, beliau akan mudah merasa cepat lapar dan disebabkan itu beliau akan lebih kerap makan. Namun ianya tidak menjadi satu kerisauan pada beliau kerana katanya, beliau mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi yang diwarisi secara genetik dari ayahndanya. Untuk mendapatkan susu ibu yang banyak, beliau menyarankan untuk para ibu banyak mengambil lobak putih.

Bengkung

YM Che’ Puan Khaleeda juga berkongsi tip bahawa beliau hanya mengenakan bengkung untuk bulan pertama sahaja dan selepas itu anda boleh melupakannya dan hanya pastikan kita kerap melakukan senaman dan menjaga diet. Beliau juga ada berkongsi bahawa beliau hanya berpantang selama 40 hari.

YM Che’ Puan Khaleeda juga akan selalu mengenakan stoking bagi memastikan kaki akan merasa lebih hangat sentiasa. Antara tip lain yang juga dikongsikan ialah sentiasa memastikan rambutnya akan dikeringkan setiap kali selepas dicuci.

IKLAN

Diet Yang Seimbang

Semasa berpantang, YM Che’Puan Khaleeda akan memastikan untuk kerap minum air yang cukup, mengambil makanan yang sihat, banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan, bijirin juga protein yang sihat.

Kurangkan mengambil gula dan garam secara berlebihan dan elakkan minuman bergas dan berkarbonat.

Apapun, motivasi dan disiplin adalah perkara yang paling utama yang perlu diterapkan dalam diri bagi menurunkan berat badan.

via gempak.com

YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam telah mendirikan rumahtangga dengan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor pada hari Jumaat, 24 Oktober 2014. Dan kini mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu seorang puteri dan 2 orang putera.

 

 

 

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: tipskuruskanbadan turunberatselepasbersalin tinggimetabolisma ymchepuankhaleeda
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Inilah Keadaan Muka Saya Sekarang”-Ustaz Kazim Elias Mohon Bantuan Untuk Rawat ‘Penyakit Misteri’
Kesihatan

“Inilah Keadaan Muka Saya Sekarang”-Ustaz Kazim Elias Mohon Bantuan Untuk Rawat ‘Penyakit Misteri’

by Naddy Joe
May 19, 2022

Pendakwah terkenal, Dato' Ustaz Kazim Elias (DUKE) tampil berkongsi tentang keadaan kesihatannya yang sebelum ini telah berusaha mendapatkan rawatan moden...

Read more
Singapura Benarkan Wanita Bujang Membekukan Telur Mereka, Ini Sebabnya!
Budaya

Singapura Benarkan Wanita Bujang Membekukan Telur Mereka, Ini Sebabnya!

by Zaidin Albert
April 26, 2022

Singapura dikatakan sedang mengalami 'kemelesetan seks' kerana kadar perkahwinan yang rendah yang mengakibatkan penurunan kadar kelahiran. Kerajaan telah cuba menggalakkan...

Read more
Murad Melancarkan Serum Pemulihan Pantas Bintik Gelap. 14 Hari Boleh Lenyap?
Kesihatan

Murad Melancarkan Serum Pemulihan Pantas Bintik Gelap. 14 Hari Boleh Lenyap?

by Phic Arman
April 6, 2022

Baru-baru ini Murad Inc melancarkan Serum Pemulihan Pantas Bintik Gelap (Rapid Dark Spot Correcting) yang baharu dan bebas hidrokuinon di...

Read more
SRB Oleh Santhi Raj Barr, Produk Kosmetik dan Kecantikan Yang Memenuhi  Keperluan Semua Etnik
Kesihatan

SRB Oleh Santhi Raj Barr, Produk Kosmetik dan Kecantikan Yang Memenuhi Keperluan Semua Etnik

by Zaidin Albert
March 8, 2022

Kulit yang baik merupakan asas kepada kebahagiaan, dan kerana itu SRB oleh Santhi Raj Barr telah dipilih sesuai untuk semua...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  3. 3

    “Aku Tak Menyorok La Sia*!”- Syamsul Yusof Tegur Portal Berita Terkenal

  4. 4

    “Dapat 1 Bulan Naik MRT/ LRT Free Pun Korang Memekak”- Nedim Nazri Teruk Dikecam Netizen?

  5. 5

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera