Menarik! 5 Aktor Dan Aktres Korea Yang Menjadi ‘Cameo’ Dalam Drama ‘True Beauty’

Mesti Baca

Ingat Lagi ‘Rrama’ Dalam Cicak Man 2? Kini Tamara Berusia 46 Tahun & Bakal Terima Menantu

Masih ingat lagi dengan pelakon sinetron popular di era 90an, Tamara Bleszynski? Kalau anda tak ingat, dulu aktres cantik...

‘Nak Muntah’- Maria Ozawa Kenang Hari Pertama ‘Shooting’ Selepas 6 Tahun Bersara Dari Filem Porno

Setelah membuat pengakuan telah bersara dari industri filem porno, ternyata kehidupan Maria Ozawa menjadi perhatian media. Wanita berusia 35...

“Alahai Nenek Herot Ni”- Zarina Anjoulie Balas Sindiran Bekas ‘PA’ Aliff Syukri

Pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie menerusi laman Instagram nya menyelar tindakan bekas pembantu peribadi Dato Sri Aliff Syukri, Melati...

Kebelakangan ini, drama Korea True Beauty menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat drama Korea dan sentiasa menjadi trending di laman sosial. Selain menampilkan jalan cerita yang segar dan diselitkan dengan komedi-komedi ringan. True Beauty juga mempersembahkan beberapa orang selebriti Korea untuk menambahkan keterujaan pada 16 episod drama Korea ini. Anda ingin tahu siapakah selebriti tersebut? Scroll sampai habis okay!

Lee Jae Wook

via @viu

Setelah berjaya membintangi drama Extraordinary You, Lee Jae Wook kembali dengan melakonkan watak sebagai Baek Kyung dalam True Beauty. Apa yang menariknya, Lee Jae Wook juga digandingkan bersama Kim Hye Yoon.

Penampilan mereka sebagai pasangan kekasih pastinya menambahkan lagi daya tarikan untuk siri ini. Lebih-lebih lagi, penampilan Lee Jae Wook dan Kim Hye Joo sebagai cameo adalah permintaan dari Kim Sang Hyub, pengarah bagi True Beauty dan Extraordinary You.

Kim Hye Yoon

via @viu

Sama seperti Lee Jae Wook, Kim Hye Yoon juga memainkan watak yang sama dalam True Beauty, iaitu menjadi Eu Dan Oh iaitu kekasih Baek Kyung. Ketika mereka menjadi cameo dalam True Beauty, kedua-duanya diberitahu bahawa mereka sedang date di pawagam dan bertemu dengan Lee Su Ho.Walaupun penampilan mereka hanya sebentar sahaja, penampilan Lee Jae Wook dan Kim Hye Yoon sebagai kekasih dapat menarik perhatian peminat.

Lee Tae Ri

via @viu

Masih dalam drama Korea yang sama iaitu Extraordinary You, Lee Tae Ri juga menjadi cameo dalam True Beauty. Bahkan beliau muncul sejak episod pertama, menjadi figura yang disukai Ju Kyung.

Memulakan karier beliau sebagai pelakon kanak-kanak, Lee Tae Ri juga berjaya membintangi drama yang mengangkat kisah sejarah Korea seperti The Moon Embracing The Sun (2012), dan Rooftop Prince(2012).

Jung Gun Joo

via @viu

Jung Gun Joo muncul sebagai pemain besbol bernama Ryu Hyung Jin yang minat terhadap Ju Kyung. Semasa beliau bertemu Ju Kyung, Hyung Jin segera menyerahkan telefon bimbitnya untuk meminta nombor telefon gadis cantik itu.

Sejak membintangi Extraordinary You, populariti Jung Gun Joo terus meningkat dalam industri drama Korea. Lakonannya juga mendapat pujian dalam drama Oh My Baby, yang turut dibintangi oleh artis lagenda iaitu Jang Ha Ri.

Kang Chan Hee

via @viu

Salah seorang ahli kumpulan SF9 iaitu Kang Chan Hee juga tampil sebagai cameo dalam True Beauty. Aktor yang mesra dipanggil Chani ini memainkan watak sebagai Jung Se Yeon, yang mempunyai ikatan persahabatan dengan Lee Su ho dan Han Seo Jun. Kehadiran Chani dilihat sebagai menjadi orang tengah antara sifat dingin Su Ho dan kedegilan Seo Jun.

Walaupun mereka hanya muncul sebagai cameo, kehadiran mereka berlima dalam ‘True Beauty’ pasti dirindui!

Terkini

Lagu Aniq Muhai Trending Selepas Menang Anugerah Nasyid Malaysia!

Pendatang baharu, Aniq Muhai kini semakin dikenali ramai apatah lagi selepas dinobatkan sebagai Artis Nasyid Baharu Pilihan di malam...

Artikel Berkaitan