Sudah menjadi kewajipan setiap lelaki di Korea Selatan yang berumur di antara 18 tahun ke 28 tahun untuk menjalani latihan khidmat ketenteraan selama lebih kurang dua tahun. Latihan khidmat ketenteraan adalah isu sensitif, terutama bagi selebriti lelaki. Hal ini kerana mereka harus meninggalkan kilauan industri hiburan selama kira-kira dua tahun untuk melaksanakan kewajipan mereka demi negara tercinta.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa orang selebriti Korea yang cuba untuk mengelak daripada menjalani latihan khidmat ketenteraan wajib ini. Siapakah selebriti yang dimaksudkan? Stay tune guys!
Kim Woo Joo
Kim Woo Joo dijatuhkan hukuman penjara pada tahun 2015 selepas ditangkap kerana cuba mengelakkan diri daripada menyertai latihan khidmat ketenteraan dengan menipu bahawa mempunyai masalah kesihatan mental. Penyanyi dan ahli kumpulan hip-hop Old Times diketahui tidak menghadiri national service duties sebanyak 42 kali, bermula dari bulan Mac 2012 sehingga Julai 2014.
Sewaktu menerima rawatan perubatan untuk penyakit mentalnya, Kim Woo Joo mengakui bahawa beliau ternampak hantu kira-kira lapan tahun yang lalu dan hal ini membuatkannya pengsan.
Pada ketika itu, doktor mendiagnosis Kim Woo Joo dengan symptom halusinasi secara visual dan pendengaran serta insomnia. Apabila sijil perubatan dikeluarkan, ianya dinyatakan bahawa Kim Woo Joo memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun rawatan ubat dan psikiatri. Kim Woo Joo menyerahkan sijil itu ke Pejabat Pentadbiran Angkatan Tentera, tetapi siasatan membuktikan bahawa penyanyi itu menipu mengenai penyakitnya.
Jang Hyuk
Jang Hyuk juga cuba untuk mengelakkan diri daripada menyertai latihan khidmat ketenteraan wajib pada akhir tahun 2014. Bintang drama Voice ini diketahui sengaja membayar seorang doktor sebanyak 300 juta won untuk manipulasi ujian perubatannya.
Beliau sengaja meminum dadah sebelum menjalani latihan khidmat ketenteraan wajib itu. Tetapi kelicikan pelakon yang dilahirkan pada tahun 1976 itu diketahui oleh pihak kerajaan. Hal ini menyebabkan Jang Hyuk meminta maaf secara terbuka dan menjalani latihan khidmat ketenteraannya selama dua tahun.
PSY
PSY memulakan latihan khidmat ketenteraannya pada tahun 2003 dan menghabiskannya pada tahun 2005. Walaubagaimanapun, beliau mengahadapi sedikit masalah pada tahun 2007, Pendakwa Raya Negeri menuduh PSY mengabaikan tugas ketenteraannya kerana beliau masih aktif untuk tampil dalam program televisyen. Sebenarnya, bekas artis YG Entertainment ini mengadakan konsert ketika beliau masih berkhidmat di negara ini.
Seperti diketahui selebriti dilarang sama sekali untuk menjalankan aktiviti mereka dalam industri hiburan selama dua tahun berkhidmat dalam latihan khidmat ketenteraan. Akhirnya, Mahkamah Pentadbiran Seoul memutuskan bahaw PSY harus kembali menjalani latihan khidmat ketenteraan.
PSY direkrut kembali menjadi tentera dan menamatkan perkhidmatan ketenteraannya pada tahun 2009. Walaupun dikritik netizen kerana “bermain” sewaktu perkhidmatan ketenteraan pertamanya, beliau masih dipuji kerana berjaya menamatkan perkhidmatannya untuk kali kedua.
Yoo Ah In
Yoo Ah In beberapa kali menangguhkan latihan khidmat ketenteraan disebabkan masalah kesihatan. Hal ini menyebabkan orang ramai menyangka sahabat kepada Song Hye Kyo ini sengaja menipu supaya tidak perlu berkhidmat untuk negara selama dua tahun.
Pada tahun 2017, Yoo Ah In melakukan pemeriksaan perubatan bulanan untuk persediaan khidmat ketenteraan. Namun keputusan ujian mengejutkannya kerana Yoo Ah In sebenarnya didiagnosis kanser tulang dan kanser tulang ini berpotensi untuk membawa maut.
Sebelum ini, Yoo Ah In sendiri mempunyai sejarah kesihatannya yang tidak berapa baik. Beliau mengalami kecederaan pada bahu sewaktu beliau masih muda. Dan disebabkan keadaan ini, Yoo Ah In akhirnya dibebaskan daripada latihan khidmat ketenteraan.
Song Seung Heon
Bintang drama Autumn In My Heart (2000) ini mengalami kontroversi sebelum berkhidmat dalam ketenteraan. Pada mulanya, Song Seung Heon dibebaskan daripada ketenteraan kerana beliau dikatakan mempunyai diabetes akut dan tekanan darah tinggi.
Tetapi pada akhir tahun 2004, kerajaan Korea Selatan mendapati bahawa sampel air kencing yang dihantar oleh Song Seung Heon sewaktu melakukan ujian itu adalah milik orang lain ataupun palsu. Kemudian, aktor tersebut mengakui kesilapannya dan meminta maaf secara terbuka.
Song Seung Heon akhirnya berkhidmat dalam ketenteraan sebagai tentera aktif. Pada tahun 2006, aktor yang mempunyai khabar angin bercinta dengan Song Hye Kyo ini berjaya menyelesaikan latihan khidmat tentera dengan pangkat Koperal.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.