Seram! Shuk Sahar Dedah Rakaman Suara Misteri Wanita Menangis

Dalam pada itu, Shuk akui bahawa dia dan keluarga baru sahaja berpindah ke rumah yang baru dan masih belum berkesempatan untuk membuat doa selamat

Mesti Baca

Ingat Lagi ‘Rrama’ Dalam Cicak Man 2? Kini Tamara Berusia 46 Tahun & Bakal Terima Menantu

Masih ingat lagi dengan pelakon sinetron popular di era 90an, Tamara Bleszynski? Kalau anda tak ingat, dulu aktres cantik...

‘Nak Muntah’- Maria Ozawa Kenang Hari Pertama ‘Shooting’ Selepas 6 Tahun Bersara Dari Filem Porno

Setelah membuat pengakuan telah bersara dari industri filem porno, ternyata kehidupan Maria Ozawa menjadi perhatian media. Wanita berusia 35...

“Alahai Nenek Herot Ni”- Zarina Anjoulie Balas Sindiran Bekas ‘PA’ Aliff Syukri

Pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie menerusi laman Instagram nya menyelar tindakan bekas pembantu peribadi Dato Sri Aliff Syukri, Melati...

Selebriti verstail, Shuk Sahar menerusi hantaran di laman Instagram nya malam tadi berkongsi rakaman video secara langsung nya sebelum ini yang mana mencetuskan persoalan buat dirinya dan pengikut.

Suara Wanita Menangis Dalam ‘Live’ Shuk

Difahamkan, ketika itu Shuk sedang berinteraksi menerusi IG Live bersama pengikutnya di dalam platform tersebut namun ketika berlangsung rata-rata daripada mereka mendengar suara seorang wanita sedang menangis. Lebih menyeramkan, Shuk bertegas bahawa pada ketika itu dia langsung tidak mendengar sebarang tangisan mahupun suara seorang wanita sehinggalah dia melihat dan mendengar kembali rakaman tersebut.

“Saya memang tak dengar apa pun waktu live tu.Mula-mula saya live biasa je.Lepastu kami main teka-teka umur dan nama.Siapa menang dia dapat duit RM150. Kemudian saya tengok dekat ruang komen semua kata ada suara orang menangis.Padahal saya tak dengar apa pun.Kemudian bila orang hantar screen recorder dekat saya.baru saya perasan memang ada bunyi orang menangis” tulis Shuk

Berpindah Ke Rumah Baru

Dalam pada itu, Shuk akui bahawa dia dan keluarga baru sahaja berpindah ke rumah yang baru dan masih belum berkesempatan untuk membuat doa selamat. Malah dia juga akan memanggil ustaz untuk ‘memeriksa’ selepas apa yang terjadi dalam rakaman tersebut.

“Jujur saya cakap rumah saya ini baru duduk @rossa.sera..dan belum sempat buat doa selamat lagi.Takpa esok saya cuba panggil ustaz untuk check benda apa sebenarnya,”dedahnya lagi.

Sekadar info, hari ini merupakan hari terakhir peminat bakal mendengar suara rakan penyampai radio Shuk dan Fizi yang bergandingan dalam Hot FM, Shuib Sepahtu kerana suami kepada penyanyi Siti Sarah itu membuat keputusan untuk menamatkan kontrak nya lebih awal bagi menumpukan perniagaanya.

Terkini

Lagu Aniq Muhai Trending Selepas Menang Anugerah Nasyid Malaysia!

Pendatang baharu, Aniq Muhai kini semakin dikenali ramai apatah lagi selepas dinobatkan sebagai Artis Nasyid Baharu Pilihan di malam...

Artikel Berkaitan