Mahkamah Daerah Seoul mendapati dua individu yang bekerjasama dengan MBK Entertainment didapati bersalah kerana membeli undi untuk Mnet ‘Produce 101’ musim pertama secara tidak sah.
Dikenakan Hukuman Denda
Menurut Allkpop, semasa perbicaraan mahkamah yang berakhir pada hari ini (22 Januari 2021), seorang founder dan head producer MBK Entertainment iaitu Kim Kwang Soo dan CEO syarikat subsidiari MBK yang dikenali sebagai PocketDol Studio iaitu Mr.Park didapati bersalah. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda 10,000,000 KRW (RM36592.94) kepada kedua-dua individu tersebut.
Flashback pada tahun 2016, dari bulan Mac hingga April, Kim dan Park membeli kira-kira 10,000 ID komputer haram. Kemudian, mereka mengarahkan pekerja agensi mereka untuk log masuk ke Mnet menggunakan ID tersebut dan memilih tiga pelatih MBK Entertainment yang bertanding dalam ‘Produce 101’ musim pertama waktu itu.
Tiga pelatih MBK dari ‘Produce 101’ musim pertama termasuk ahli kumpulan DIA iaitu Jung Chae Yeon dan Ki Hee Hyun, serta Danielle Kim. Pihak pendakwa mendapati bahawa undian yang dibeli secara haram yang berjumlah 89,228 undian palsu berperanan untuk memanipulasi kedudukan pelatih semasa pusingan ke-3 dan pusingan terakhir ‘Produce 101’ musim pertama.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.