Priyanka Kongsi Kisah Dibuli Sewaktu Di Amerika Syarikat

Mesti Baca

Curi Perhatian! 5 Selebriti Hollywood Memakai Gaun Pengantin Sewaktu Di Karpet Merah

Apabila mencari penampilan yang sempurna sewaktu di karpet merah, selebriti kebiasaannya akan memilih custom atau designer gowns. Kadangkala, sesetengah...

6 Pasangan Selebriti Korea Ini Bebas Daripada Sebarang Gosip

Beberapa pasangan suami isteri selebriti Korea ini sentiasa jauh daripada sebarang gosip. Perkahwinan mereka jarang mendapat berita yang negatif....

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti...

Aktres Priyanka Chopra Jonas menceritakan masa remajanya bergelut dengan isu buli dan perkauman sewaktu bersekolah di Amerika Syarikat (AS). Isteri Nick Jonas berpindah dari India ke AS untuk menyertai keluarga besarnya sewaktu beliau berusia 12 tahun.

Hilang Keyakinan Kerana Dibuli Di Sekolah

Sewaktu di sekolah, rakan-rakan Priyanka membuli dan bersikap rasis terhadapnya kerana beliau seorang imigran dari India.

“Saya tersinggung. Jauh di dalam, ia mulai memakan anda. Saya umpama masuk ke dalam cangkerang. Saya seperti, ‘Jangan pandang saya, saya hanya tidak mahu dilihat.”- Priyanka

“Keyakinan saya hilang. Saya selalu menganggap diri saya seorang yang yakin, tetapi saya tidak pasti di mana saya berdiri, mengenai diri saya.”- Priyanka

Berpendapat Mereka Ingin Mengatakan Sesuatu Yang Menyakitkan

 

Priyanka akhirnya akhirnya berpindah dari New York ke Indianapolis, Indiana, sebelum menetap di Newton, Massachussets. Dan beliau dibuli di sana dengan lebih teruk.

“Sejujurnya, saya tidak menyalahkan bandar itu. Saya rasa gadis-gadis sewaktu usia itu, hanya ingin mengatakan sesuatu yang menyakitkan.”- Priyanka

Kembali Ke Kampung Halaman Disebabkan Pengalaman Ngeri

Disebabkan pengalaman yang ngeri, Priyanka memutuskan untuk kembali ke kampung halamannya dengan harapan untuk memperoleh semua keyakinan dalam dirinya.

“Saya sangat diberkati ketika saya kembali ke India, saya dikelilingi oleh kasih sayang dan kekaguman untuk siapa saya. Kembali ke India menyembuhkan saya setelah lalui pengalaman sewaktu sekolah menengah.”- Priyanka

Sementara itu, seluruh pengalaman hidupnya diceritakan dalam memoirnya, Unfinished yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Terkini

Dah Elok Sado, Pergi Buat Implan Payudara Pula! Influencer Ini Tak Malu Malah Bangga

Lelaki bertatu ini menunjukkan implan payudara setelah dicabar untuk mendapatkan 3 juta pengikut di akaun Instagramnya. Dipetik dari Dailystar, Influencer...

Artikel Berkaitan