Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Perihal Stanislav, Pelakon Harry Potter Yang Pernah Menetap Di Israel

by Aphit J.
January 24, 2021
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut saja perkataan Harry Potter pasti anda membayangkan sebuah siri filem yang pernah menjadi ‘hit’ sebelum ini sehinggakan ada yang sanggup menontonya di pawagan berulang kali demi kepuasan sendiri.

Salah satu siri yang terkenal ini adalah Harry Potter and The Goblet of Fire dan bagi yang meminati siri ini pasti mengenali Viktor Krum. Jom lihat perihal mengenai Viktor Krum yang mungkin anda tidak tahu selama ini.

Pernah Menetap Di Israel

via Medialol

Stanislav Ianevski atau dikenali sebagai Viktor Krum adalah pelakon Bulgaria berusia 35 tahun dan lahir di Sofia. Untuk pengetahun, pelakon ini pernah menetap di United Kingdom selama 5 tahun dan juga Israel sebelum membintangi filem Harry Potter and The Goblet of Fire pada tahun 2005.

Bukan Pelajar Jurusan Seni

via Teen Vogue

Tidak seperti pelakon Harry Potter yang lain, Stanislav bukanlah pelajar jurusan seni, pementasan ataupun teater. Bakat dalam bidang lakonan mula dicungkil apabila dia menghadiri ujibakat bagi filem ini dan seterusnya membolehkan Stanislav menghadiri kelas dan bengkel lakonan apabila dipilih oleh pengarah filem ketika itu.

Berlakon Untuk Satu Filem Harry Potter Sahaja

via Bustle

Menurut Wikipedia, Stanislav hanya berlakon di dalam filem Harry Potter and The Goblet of Fire sahaja. Dia juga pernah membuat kemunculan di dalam Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1, tetapi malangnya scene tersebut telah dipotong daripada filem tersebut.

Giat Menyertai Filem Dan Drama Siri Yang Lain

via Pinterest

Walaupun kemunculan Stanislav hanya pada satu filem sahaja daripada siri Harry Potter, namun dapat dilihat ini merupakan tiket untuknya dalam membintangi filem yang lain juga. Selain Harry Potter, dia pernah muncul di dalam siri Undercover, Sofia Residents in Excess dan filem Hostel: Part II, Resistance dan Xla.

Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan Stanislav, anda boleh pergi ke Instagram dan juga ada Youtubenya sendiri untuk melihat perkembangan terkininya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Deathly Hallowsharry potterHarry Potter and The Goblet of FireStanislav IanevskiWatak Filem Harry Potter
https://lomp.at/5u7xm
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem