Friday, June 9, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

5 Pelakon Ini Pernah Dipecat Dari Set Ketika Melakukan Pengambaran

by Aphit J.
January 24, 2021
84
KONGSIAN
Share on Facebook

Pembikinan filem adalah proses yang rumit di mana semuanya mesti sempurna. Demi memastikan kelancaran proses pengambaran, ada ketikanya pengarah dan penerbit merasa lebih senang memecat pelakon asalnya dan digantikan dengan pelakon lain. Menurut Bright Side, berikut adalah 5 pelakon yang pernah dipecat dari set pengambaran.

Robert Downey Jr – Gravity

via Business Feed

Robert Downey Jr. pernah diberi tanggung jawab sebagai peranan utama dalam filem Gravity. Menurut pengarahnya ada beberapa lakonan tidak dapat ditiru dengan baik oleh Robert dan setelah beberapa hari dalam penggambaran, mereka membuat keputusan bahawa Robert tidak sesuai untuk memainkan watak itu. Jadi Downey Jr digantikan oleh George Clooney.

Megan Fox – Transformers: Dark of The Moon

via Showbeez

Semasa penggambaran Transformers: Dark of the Moon, Megan Fox diminta agar warna kulitnya menjadi lebih gelap dan beratnya terpaksa dinaikkan sebanyak 7-9 paun.

Sebagai tindak balas, pelakon itu menyamakan Michael Bay dengan Hitler dan memanggilnya “orang paling mengerikan untuk bekerja!”. Akibatnya, Megan terus dipecat dari set filem tersebut.

Natalie Portman – Romeo and Juliet

via The National

Natalie Portman bersetuju untuk memainkan peranan dalam Romeo and Juliet dan dia seharusnya berlakon bersama Leonardo DiCaprio. Menurut Bright Side, setelah penggambaran bermula, mereka mendapati bahawa Natalie Portman seperti gadis kecil di sebelah Leo. Akhirnya Natalie terpaksa diberhentikan dan digantikan oleh Claire Danes.

Nicole Kidman – Panic Room

via Decider

Nicole Kidman menghabiskan 18 hari di set Panic Room sebagai ibu tetapi semuanya sia-sia. Pelakon itu terpaksa mengundurkan diri dari filem kerana komplikasi kecederaan lutut yang dialaminya ketika membintangi filem Moulin Rouge! Akhirnya Jodie Foster digantikan dengan Nicole Kidman.

Ryan Gosling – The Lovely Bones

via Glamour

Ryan Gosling tidak dipecat dari set filem tetapi dia harus melepaskan peranannya sehari sebelum penggambaran bermula. Ryan sengaja menambah berat badan sebelum penggambaran The Lovely Bones kerana dia mempunyai idea sendiri mengenai wataknya.

Menurut Bright Side, pengarah filem tersebut Peter Jackson tidak setuju dan mengantikannya dengan Mark Wahlberg.

Jadi di sini jelas menunjukkan tidak semestinya pelakon tersebut mempunyai bakat besar mampu untuk menjayakan segala watak yang diberi. Tetapi perlu dilihat dari segi kesesuaian watak yang akan dibawa dan dikehendaki oleh pengarah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER artis hollywood dipecatmegan foxRobert Downey Jr.
Share34Tweet21SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Hollywood

Biar Betul! Cincin Pertunangan Megan Fox Direka Untuk Terluka Jika Ditanggalkan

by Naddy Joe
January 20, 2022
Foto - Pinterest
Selebriti

Lah Ingatkan Kembar! Selain Ryan Gosling, 7 Pelakon Kacak ini Mirip Pemain Bola Sepak

by Soph Azz
July 14, 2021
Hollywood

Bapa Robert Downey Jr Meninggal Dunia Kerana Parkinson

by Naddy Joe
July 8, 2021
Foto - @meganfox (Instagram)
Hollywood

Megan Fox Akui Bangga Jadi Biseksual Selama Lebih Dua Dekad, Ini Alasanya!

by Soph Azz
July 4, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

  4. 4

    Perlekeh Pemilik Bukan ‘Supercar’, Tunku Putera Johor Tampil Beri Pesanan Buat Suami Fatin Afeefa?

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan