Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Daebak! 10 K-Drama Paling Popular Yang Sedang Ditayangkan

by Naddy Joe
January 27, 2021
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Menurut kyongbuk, data yang dikumpulkan pada rating K-Drama terbaru di Korea Selatan. 10 K-Drama di bawah ini adalah rancangan yang paling popular yang sedang ditayangkan dan baru sahaja selesai ditayangkan. Stay tune guys!

via kyongbuk.co.kr

Awaken

Do Jung Woo (Nam Goong Min) adalah seorang ketua pasukan khas di Agensi Polis Nasional untuk menyisat beberapa siri pembunuhan misteri dengan pasukannya. Antara ahli pasukannya termasuklah seorang pegawai yang hot-headed iaitu Gong Hye Won (Kim Seol Hyun), dan Jamie Layton (Lee Chung Wah) seorang detektif dari FBI. Mereka menemui petunjuk bahawa jenayah ini ada kaitannya dengan peristiwa tragis yang berlaku pada 28 tahun lalu di sebuah kampung bernama White Night.

Royal Secret Agent

Berada pada dinasti Joseon, Sung Yi Gyum (Kim Myung Soo) bekerja di jabatan pentadbiran dan penyelidikan kerajaan. Beliau ditangkap kerana berjudi, dan sebagai hukumannya beliau ditugaskan kembali ke posisi baru sebagai secret royal inspector yang dihantar untuk menyiasat amalan rasuah pegawai awam.

Homemade Love Story

Mengisahkan tiga keluarga yang tiggal di sebuah rumah tumpangan bernama Samwang Villa. Keluarga pertama adalah keluarga Lee Soon Jung (Jeon In Hwa) yang sederhana, dan tidak mempunyai wang yang banyak. Keluarga kedua adalah keluarga Woo Jung Ho (Jeong Bo Seok) sebuah keluarga yang kaya tetapi tertinggal jauh dari kedamaian. Keluarga ketiga adalah keluarga Kim Jung Won (Hwang Shin Hye) yang kelihatan sempurna tetapi sebenarnya sangat rocky.

Delayed Justice

Seorang lulusan sekolah menengah berjaya lulus peperiksaan untuk menjadi pembela awam. Kemudian seorang wartawan senior dan wartawan junior yang bersemangat bekerjasama dengannya untuk membela mangsa yang dituduh secara palsu.

Live On

Mengisahkan Baek Ho Rang (Jung Da Bin) adalah gadis paling popular di sekolah menengah. Walaupun beliau terkenal menyendiri, beliau juga menjadi bintang di media sosial. Kemudian, seorang individu misteri muncul dan kelihatan mengetahui semua rahsia Ho Rang

Terdesak untuk mendapatkan jawapan, beliau meminta bantuan Go Eun Taek (Hwang Min Hyun) ketua kelab penyiaran sekolah itu. Namun, untuk mendapatkan pertolongannya, beliau harus menjadi ahli kelab biasa.

A Man In A Veil

Selepas kemalangan sewaktu masih kanak-kanak, Lee Tae Poong (Kang Eun Tak) tersekat dalam fikiran dirinya yang berusia 7 tahun. Beliau terperangkap di antara dua saudara kembar iaitu Yoo Jung (Um Hyun Kyung) seorang yang ramah, dan Yoo Ra (Lee Chae Young) yang menggunakan Tae Poong untuk keinginannya sendiri.

Run On

Kim Seon Gyeom (Im Shi Wan) adalah ejen sukan yang merupakan bekas pelari pecut kebangsaan yang terpaksa berhenti disebabkan masalah undang-undang. Oh Mi Joo (Shin Se Kyung) menulis sari kata terjemahan untuk filem. Seon Gyeom baru sahaja berhenti berlari ketika bertemu Mi Joo, yang merasakan takdir menyatukan mereka.

Mr. Queen

Jang Bong Hwan (Choi Jin Hyuk) adalah seorang chef yang mendapat pekerjaan memasak untuk ahli politik terkemuka di Rumah Biru. Suatu hari, beliau mendpaati dirinya berada dalam tubuh seorang ratu muda dari masa lalu iaitu Kim So-Yong (Shin Hye Sun).

Suaminya adalah Raja Cheoljong (Kim Jung Hyun) yang telah diambil kesempatan oleh Ratu Janda Sunwon yang memerintah di atas namanya. So-Yong terperangkap di antara penipuan, rahsia, dan perebutan kuasa.

True Beauty

Seorang gadis sekolah menengah iaitu Lim Joo Gyung (Moon Ga Young) yang menguasai seni solekan dan menjadi popular kerana kecantikannya. Lee Su Ho (Cha Eun Woo) adalah satu-satunya lelaku yang melihatnya tanpa sebarang solekan.

Beliau mempunyai masa lepas yang gelap tetapi sebenarnya beliau sangat penyayang. Mereka membesar bersama apabila mereka saling berkongsi rahsia antara satu sama lain.

The Uncanny Counter

Mengisahkan sekumpulan pemburu syaitan yang dikenali sebagai Counters, datang ke Bumi dan menyamar sebagai pekerja restoran mi untuk menangkap roh jahat yang mencari keabadian.

K-Drama yang manakah menjadi kegemaran anda?

https://lomp.at/o1d7b
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem