Sekiranya anda menyukai drama Korea yang penuh dengan skandal seperti Penthouse dan The World of the Married, drama Korea terbaru iaitu Love (ft. Marriage and Divorce) tidak boleh dilepaskan peluang untuk ditonton.
Drama yang baru sahaja ditayangkan di Netflix beberapa hari yang lepas ini mengisahkan tiga pasangan suami isteri yang berusia 30-an sehinggalah 50-an. Bagi anda yang masih ragu-ragu untuk menonton drama ini, berikut adalah 5 alasan mengapa anda harus menonton Love (ft. Marriage and Divorce) ini. Stay tune guys!
Ditulis Oleh Penulis Skrip Terkenal Korea Selatan
Skrip drama Love (ft Marriage and Divorce) ini ditulis oleh Phoebe Lim, yang turut dikenali sebagai Im Sung Han, seorang penulis yang sangat dikenali dalam industri hiburan Korea.
Beliau juga terkenal dengan karya-karyanya seperti Miss Mermaid, Dear Heaven, dan New Tales of Gisaeng. Dengan plot yang menarik dan tak dapat dijangka, tidak hairanlah bahawa banyak drama beliau mendapat rating tertinggi dan paling banyak dibincangkan.
Love (ft Marriage and Divorce) ini menandakan kemunculan semula penulis setelah lebih daripada lima tahun, sudah pasti ramai yang menantikan kisah baru yang beliau tampilkan.
Menceritakan Isu Perkahwinan Dan Kehamilan
Pan Sa Hyeon (Sung Hoon) merupakan seorang peguam dan suami kepada Boo Hye Ryung (Lee Ga Ryoung) seorang DJ radio, dan telah berkahwin selama tiga tahun. Hye Ryung ingin mengekalkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan peribadi dan mereka berjanji untuk tidak mempunyai anak sebelum berkahwin.
Kejutan besar menanti sewaktu pasangan itu menerima berita mengenai kehamilan, tetapi wanita itu bukan Hye Ryung. Anda sudah tentu dapat membayangkan permulaan konfliknya bukan?
Membicarakan Mengenai Pasangan Yang Kelihatan Sempurna
Shin Yu Sin (Lee Tae Gon) merupakan seorang doktor dan suami kepada Sa Pi Young (Park Joo Mi) seorang pengarah program radio, mereka adalah pasangan suami isteri yang berusia 40-an yang bergelut untuk menjalani kehidupan yang sempurna.
Yu Sin adalah seorang yang romantis dan menunjukkan rasa cintanya secara terbuka. Manakala Pi Young mempunyai hubungan yang buruk dengan ibunya dan tidak mahu ibunya bertemu dengan anak-anaknya. Adakah perkahwinan mereka akan kelihatan sempurna?
Cinta Pertama Yang Diuji
Park Hae Ryun (Jeon No Min) merupakan seorang profesor dan suami kepada Lee Si Eun (Jeon Soo Kyeong) seorang penulis skrip radio, mereka adalah pasangan suami isteri yang berusia 50-an yang bertemu di sekolah menengah dan menjadi cinta pertama antara satu sama lain.
Si Eun adalah seorang yang sanggup mengorbankan diri dan menghabiskan lebih banyak masa untuk menjaga suami dan anak-anaknya lebih daripada menjaga dirinya sendiri. Walaupun kerja keras Si Eun menjadikan Hae Ryub seorang profesor yang dihormati, Hae Ryun masih mengkhianati isterinya dan mencadangkan perpisahan. Adakah mereka berjaya mengelakkan penceraian?
Banyak Twists Plot Yang Tak Dijangka
Walaupun pada awalnya semua watak kelihatan gembira dan bahagia, setiap pasangan suami isteri ini akn berdepan denga pelbagai kekacauan dan pengkhianatan.
Salah satu watak yang terlibat dalam kehidupan rumah tangga pasangan itu adalah Song Won (Lee Min Young) seorang perterjemah bahasa Cina. Anda harus menonton drama ini untuk mengetahui siapakah secara rahsia menjalin hubungan dengannya. Apakah yang akan berlaku pada perkahwinan ketiga-tiga pasangan ini?
Jangan Lupa Tonton Di Netflix!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.