Dalam satu temubual beliau bersama Vanity Fair, Billie Eilish mendedahkan bahawa rasa tidak puas hati terhadap tubuh badannya atau body insecurities telah mendorong beliau untuk melakukan tindakan yang extremes pada awal remaja. Ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!
Penampilan Yang Mengejutkan Peminat
Billie sentiasa muncul di khalayak ramai dengan pakaian yang besar dan tidak menampakkan tubuh badan. Tetapi, Billie pernah mengejutkan peminat dan mencuri perhatian kerana beliau muncul hanya dengan memakai singlet warna kelabu sehingga menampakkan bentuk tubuhnya yang sebenar.
Gambar Billie Eilish telah tersebar di media sosial, di mana Billie dengan wajahnya tanpa sebarang solekan itu hanya memakai seluar pendek, sandal Yeezy, dan stokin Gucci.
Pernah Mengambil Pil Sewaktu 12 Tahun
Billie membuat pendedahan bahawa beliau pernah mengambil pil yang boleh menghilangkan berat badan sewaktu berusia 12 tahun.
“Saya ingat mengambil pil itu akan membuatkan saya kehilangan berat badan, tetapi ianya hanya membuat saya kencing di atas tempat tidur sewaktu saya berusia 12 tahun. Ianya gila. Saya bahkan tidak boleh percaya.”- Billie
Hampir Membunuh Diri Disebabkan Online Bullying
Billie bukan sahaja mempunyai gangguan makan atau eating disoder, beliau juga terbuka menceritakan bahawa hampir membunuh diri pada tahun 2018. Beliau turut ditanya mengenai buli dalam talian yang dihadapinya.
“Saya hampir bunuh diri kerana Twitter beberapa tahun yang lalu, disebabkan kebencian yang saya terima dalam media sosial”- Billie
Penyanyi lagu Ocean Eyes ini menambah bahawa beliau “kembali ke realiti” setelah beliau memikirkan ibunya, Maggie, dan abangnya iaitu Finneas O’Connel.
Billie Eilish mendapat perhatian pada 2015 setelah beliau dan abangnya memuat naik lagu Ocean Eyes di SoundCloud. Kemudian kejayaannya semakin meningkat setelah lagu Bad Guy yang dilancarkan pada 2019 menjadi hits.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.