Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Neelofa Bakal Umum Tarikh,Tanya Pendapat Adakan Majlis Perkahwinan

by Khai Azfar
January 29, 2021
Share on Facebook

Selebriti terkenal yang juga usahawan Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa menyifatkan hubungannya bersama tunang, Pencetus Ummah (PU) Riz berada dalam keadaan baik.

Akui Alami Dugaan

Tidak menafikan bahawa hubungan mereka sebelum ini mengalami dugaan dan salah faham, namun Neelofa menganggap ianya adalah satu lumrah pahit manis seperti pasangan lain yang ingin mendirikan rumahtangga. Tambah Neelofa, mereka berdua banya berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah yang ada dan ia membuahkan hasil yang positif di kedua-dua belah keluarga.

“Antara kami berdua segala-galanya adalah lebih baik dan positif. Apa yang terjadi baru-baru ini, banyak salah faham dan cerita yang tidak berasas memburukkan keadaan. Tipulah kalau saya cakap dalam setiap hubungan itu tidak ada pahit manis. Saya dan dia (PU Riz) sebelum ini telah pun hadapi situasi yang sama.Kami berdua berjaya atasi masalah itu dengan bantuan keluarga dan banyak berkomunikasi untuk menyelesaikannya” kata Neelofa kepada Murai.my ketika sidang media virtual pelancaran aplikasi TheNoor petang Khamis

Bakal Umum Tarikh Perkahwinan

Dedah Neelofa lagi, hubungan ahli keluarganya dengan Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail,26 juga semakin baik dan tidak menolak akan berkongsi mengenai perkahwinannya dalam masa terdekat.

“Selepas kami jelaskan dan duduk berbincang, perlahan-lahan semuanya semakin pulih. Hubungan dengan saya makin baik dan bersama keluarga pun baik. Kami bagi masa dan tidak memaksa semua orang untuk memahami dan terima. Tetapi apa yang boleh saya katakan, perlahan-lahan ia membuahkan hasil yang positif dan Alhamdulillah saya bersyukur”

“Untuk berkongsi tentang benda-benda yang lebih serius ini(perkahwinan) saya akan kongsi dalam masa terdekat, Insya-Allah,”

Dengan keadaan sekarang (PKP), terdapat banyak batasan. Saya pun ada hubungi beberapa pihak bertanyakan bagaimana keadaan sekarang sesuai atau tidak untuk adakan majlis. Kami pun masih kurang jelas dan disebabkan itu kami masih berbelah bahagi untuk berkongsi maklumat mengenainya” tambah Neelofa.

Sebagai info, Neelofa secara rasminya telah melancarkan aplikasi The Noor menerusi syarikat Noor Luminous Sdn. Bhd. yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan yang merupakan aplikasi semua-dalam-satu yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup muslim di seluruh dunia.

Error happened.
Neelofa Nekad Belajar Bahasa Arab, Enggan Lagi Hanya Baca al-Quran Tanpa Faham Maksud
neelofaPU RizTarikh Kahwin Neelofa
https://lomp.at/0md9j
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara