Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Ada Yang Kerana Cemburu! 5 Selebriti Ini Mempunyai Hubungan Dingin Dengan IbuBapa

by Naddy Joe
February 13, 2021
194
KONGSIAN
Share on Facebook

Mereka sememangnya kaya dan sangat terkenal, namun ianya tidak bererti mereka tidak mempunyai hubungan yang rumit dengan ibubapa mereka. Terdapat pelbagai alasan mengapa selebriti-selebriti ini tidak baik dengan ibubapa mereka. Berikut adalah beberapa selebriti yang tidak mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!

Mariah Carey

Dengan pelancaran memoir Mariah Carey pada September yang lalu, hubungan bintang itu dengan ibunya iaitu Patricia telah berjaya menjadi tumpuan. Baru-baru ini, Mariah Carey mendakwa bahawa ibunya yang merupaka penyanyi opera sangat cemburu dengan bintang pop itu sewaktu beliau berjaya. Penyanti “We Belong Together ” ini menyebutnya sebagai “a complicated relationship”.

Mariah Carey juga mendakwa bahawa ibunya, Patricia pernah mengatakan kepadanya bahawa Mariah Carey “semestinya berharap” menjadi “separuh penyanyi” beliau, seperti yang dinyatakan oleh Gayle King CBS.

“Ia sudah pasti memberi kesan kepada saya. Saya bahkan tidak mengetahu bahwa dia akan mengingatinya. Satu pernyataan itu hidup bersama saya sepanjang hayat saya. Anda harus berhati-hati dengan apa yang anda katakan.” – Mariah Carey

Paris Hilton

Hanya kerana beliau merupakan pewaris dalam keluarganya tidak bererti Paris Hilton tidak mempunyai hard time dengan ibubapanya. Dalam temubualnya dalam “The Drew Barrymore Show”, Paris Hilton menceritakan mengenai ibubapanya yang “tegas” dan menghantarnya ke sekolah berasrama penuh.

“Ibu dan ayah saya sangat tegas dan protective sewaktu saya tinggal di LA. Saya tidak dibenarkan untuk date, tidak boleh memakai alat solek, tidak boleh pergi menari di sekolah. Mereka tidak mahu saya membesar. Kemudian saya berpindah ke New York dan ketika itulah hidup saya berubah.”- Jelas Paris Hilton

Sewaktu di New York, Paris Hilton melakukan pelbagai masalah termasuklah menyelinap keluar rumah, yang menyebabkan beliau dihantar ke Sekolah Provo Canyon di Utah. Paris Hilton mengatakan bahawa pada masa ini, beliau dan ibunya “lebih rapat dari sebelumnya” sebelum beliau menceritakan mengenai penderaan yang beliau hadapi sewaktu di sekolah.

Meghan Markle

Menurut Fox News, sebelum pemisahan mereka, Meghan Markle dahulunya “sangat rapat” dengan bapanya iaitu Thomas sewaktu membesar pada tahu  1990-an. seorang rakan keluarga yang tidak mahu dikenali itu menceritakan beliau menghabiskan masa bertahun-tahun menyaksikan Meghan dijemput dan turun di pelbagai lokasi oleh ayahnya.Ayah Meghan dipandang oleh ibubapa lain sebagai ibubapa yang konsisten. Berita perpecahan ayah dan anak itu menjadi sedih untuk dilihat oleh ramai orang.

Demi Lovato

Ayah Demi Lovato iaitu Patrick yang meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2013 dan menjadi subjek bagi lagunya iaitu “Father”, tetapi itu tidak bermakna beliau tidak mempunyai hubungan yang rumit dengan bapanya.

“Beliau jahat, tetapi beliau ingin menjadi orang yang baik. Dan beliau ingin memiliki keluarganya, dan sewaktu ibu saya berkahwin dengan bapa tiri saya, beliau masih mempunyai hati yang besar di mana beliau berkata beliau sangat gembira untuk untuk menjada dan melakukan pekerjaan yang saya harap dapat saya lakukan.” – Demi Lovato

Demi Lovato turut menjelaskan bahawa bapanya “tidak mampu membesarkan keluarga” kerana beliau menderita penyakit mental. Hal ini juga memberi inspirasi untuk beliau mewujudkan Lovato Treatment Scholarship Program yang membantu membayar perbelanjaan rawatan.

Dwayne Johnson

Dwayne Johnson atau The Rock telah meluangkan masa baru-baru ini untuk meneliti masa lalunya dalam sebagai persiapan untuk rancangan “Young Rock” sebuah sitkom yang akan menceritakan waktu kecilnya.

“Ada banyak hal di antara tahun-tahun itu terjadi..tetapi ianya rumit dan hubungan yang saya ada dengan bapa saya sangat rumit, ianya didorong oleh kasih sayang yang sukar.”- Dwayne Johsnon

Bapa Johnson iaitu Rocky Johnson, meninggal dunia pada Januari 2020 pada usia 75 tahun. Aktor ‘Ballers’ mendedahkan bahawa ayahnya yang merupakan ahli gusti telah diusir keluar dari rumahnya sewaktu beliau berusia 13 tahun. Beliau turut menambah bahawa setiap kerumitan itu muncul dengan perjalanan yang mempunyai kehidupan yang luar biasa.

Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
https://lomp.at/rdr4l
Share78Tweet49SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem