Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

5 Fakta & Kontroversi Elvina, Watak Ruhila Dalam Drama Takdir Yang Tertulis

by Zaidin Albert
January 29, 2021
125
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya drama rantaian Takdir Yang Tertulis yang disiarkan di saluran TV3 telah menjadi trending di laman media sosial. Ramai yang memberi pandangan positif, malah ada yang begitu beremosi menonton drama arahan Shahrul Ezad ini.

Pelakon baru, Elvina Mohamad juga menjadi sebutan orang ramai kerana dia berjaya menghidupkan watak Ruhila dengan baik sekali.  Ruhila digambarkan sebagai perampas suami kawan baik sendiri namun cuba menebus kesalahannya.

Mungkin ramai yang masih belum mengenai pelakon cantik ini,  jom Murai MY kongsi beberapa kisah peribadi Elvina yang ramai tak tahu.

Kacukan Siam Dan Melayu

Foto: IG Elvina Mohamad

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad berusia 26 tahun  berasal dari Teluk Intan, Perak. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan mempunyai darah peranakan Siam dan Melayu.

Mula Berlakon Filem Pada Tahun 2016

Foto: IG Elvina Mohamad

Kerjaya filem Elvina bermula pada 2016 apabila pelakon dan pengarah veteran Ahmad Idham menawarkan beliau berlakon dalam filem Mat Moto Otai yang dibintangi oleh Opie Zami, Eizlan Yusof dan Cat Farish.

Bergelar Datin

Foto: IG Elvina Mohamad

Elvina merupakan isteri kepada Datuk Mohd Haniff Borhan yang merupakan seorang usahawan permotoran. Elvina dan suamidikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Karl Mateen yang dilahirkan pada 30 November 2018.

Suami Pernah Dianaiya

Foto: IG Elvina Mohamad

Pada pertengahan tahun 2018, suami Elvina pernah ditahan oleh pihak polis berhubung kes penipuan pelaburan Forex (GWFGFX) dan Bitcoin Bitkingdom, Elvina tampil memberikan penjelasan berhubung penahanan suaminya namun berkata suaminya dianiaya.

Kemelut Rumahtangga

Foto: IG Elvina Mohamad

Rumah tangga pelakon Datin Elvina pernah kecoh pada penghujung tahun 2019. Kemelut rumahtangga ini bermula selepas suaminya didakwa diganggu orang ketiga. Namun, timbulnya salah faham hubungan suaminya dengan wanita tersebut. Haniff mengakui pernah menghubungi wanita itu melalui laman sosial untuk berbincang mengenai skim insurans untuk anak mereka, Karl Marteen. Bagaimanapun, perbualan itu disalah erti apabila wanita itu menghantar tanda berbentuk ‘LOVE’ kepada Haniff.

Itulah beberapa fakta dan kisah peribadi Elvina yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar anak seni.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Elvina Mohamad
https://lomp.at/mekk8
Share50Tweet31SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem