Sebut sahaja kumpulan BTS, sudah tentu membayangkan sebuah kumpulan K-Pop yang terkenal sehingga peringkat antarabangsa. Apa sahaja yang mereka lakukan, barang yang digunakan akan menjadi ikutan para peminat mereka, ada yang sampai habis dijual! Berikut adalah 5 barangan yang habis dijual setelah muncul dalam siri Youtube Bangtan Bomb ini. Stay tune guys!
Wain Merah Itali

Jungkook cuba menyembunyikan jenama wainnya semasa VLive pada tahun 2019, tetapi mata peminat yang tajam memerhatikan nama campuran merlot ini dan ia habis dijual secara dalam talian di Korea dalam masa yang sangat cepat.
Wain ini berasal dari wilayah Marche yang indah di Itali, dengan kebun anggur 150m di atas paras laut.
Pencuci Pakaian Downy

Para ARMY sudah tentu masih mengingati insiden di mana kekurangan bekalan pencuci pakaian Downy di seluruh Korea setelah Jungkook menyatakan bahawa Downy adalah pelembut fabrik kesukaannya sewaktu berbual dengan peminat pada tahun 2019. Hal ini menyebabkan Downy Adorable habis dijual dalam masa satu hari sahaja.

Jungkook yang mendapat tahu mengenai berita itu turut berseloroh di laman Twitter bahawa beliau turut tidak dapat membeli pelembut pakaian kegemarannya pada hari itu. Dan ini memberi inspirasi kepada Downy untuk menghasilkan pelembut edisi Tiny Tan pada Ogos 2020, dengan watak chibi BTS yang menghiasi botol pelembut pakaian tersebut.
Jaket Prada

Jaket jenama mewah iaitu Prada ini dipakai oleh Jungkook menjadi cover Vogue Japan edisi bulan Ogos. Jaket Nilon Gabardin Prada yang bernilai US$2,280 (RM9239.70) ini habis dijual secara dalam talian di 25 negara. Hebat bukan!
Buku Karya Kim Soo Hyun- I Decided to Live as Me
Pada tahun 2018, Jungkook mengesyorkan membaca buku self-help karya Kim Soo-Hyun berjudul I Decided to Live as Me sewaktu musim ketiga siri travel BTS, Bon Voyage. Diterbitkan pada tahun 2016, buku tersebut mengalami peningkatan jualan yang dramatik kerana terjual melebihi 600,00 naskhah di Korea Selatan dan menjadi bestseller di Jepun.
Kim secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada Jungkook dalam sebuah wawancara berita Korea pada tahun 2020, yang memberikan kredit dan memperkenalkan karyanya ke Jepun. Dalam wawancara yang sama, Kim turut menyatakan jumlah penjualan buku di Korea kini berjumlah lebih dari satu juta, dengan 240,000 naskhah terjual di Jepun pada tahun 2020.
Berus Gigi

Jungkook menunjukkan berus gigi Wangta (Dr. Baek Toothbrush 688) semasa Bangtan Bomb 2019Â sewaktu cuba menarik perhatian rakan band dan rakan vokalis iaitu Jimin.
Pada penghujung harinya, berus gigi tersebut habis dijual di pelbagai laman web runcit dalam talian utama di Korea seperti Coupang dan laman web antarabangsa seperti Amazon ( walaupun kini sudah tersedia lagi). Berus gigi yang sama juga muncul dalam pouch Cooky JK sewaktu Bangtan Bomb pada 12 Januari, yang menunjukkan betapa sukanya beliau terhadap berus gigi tersebut!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.