Baru-baru ini, heboh dengan berita mengenai rampasan kuasa yang berlaku di Myanmar. Namun apa yang mencuri perhatian adalah viralnya sebuah video seorang wanita sedang asyik buat senaman aerobik dengan lagu ‘Ampun Bang Jago’, di sebuah kawasan lapang semasa rampasan kuasa.
Una mujer hizo su clase de aerobic sin darse cuenta de que estaban dando el golpe de Estado en Myanmar. Y pues puede verse como el convoy de militares llega al parlamento. pic.twitter.com/fmFUzhawRe
— Àngel Marrades (@VonKoutli) February 1, 2021
Dalam video yang tular, wanita yang memakai topeng dan pakaian berwarna kuning-hitam dilihat melakukan senaman yang menyeronokkan.
Fakta Menarik mengenai lagu Viral Ampun Bang Jago di Myanmar
Bukan di Myanmar sahaja, di Malaysia juga lagu ini tular di laman TikTok. Sekadar perkongsian dari Murai MY, berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai lagu ‘Ampun Bang Jago’ yang ramai tak tahu.
1. Lagu ‘Ampun Bang Jago’ dibawakan oleh Jonathan Dorongpangalo (Tian Storm) dan Everly Salikara (Ever Slkr). Tian Strom atau nama sebenarnya Jonathan Christian merupakan seorang Youtuber yang gemar berkongsikan karya di saluran Youtbenya. Dia adalah seorang pemuzik yang berasal dari Manado, Sulawesi Utara
Sekiranya anda tidak tahu, lagu Ampun Bang Jago juga menggunakan lirik bahasa Mando.
2. Sebelum lagu ‘Ampun Bang Jago’ di Myanmar, juga menjadi viral di Malaysia melalui aplikasi Tik Tok. Sebenarnya, banyak artis terkenal turut serta dalam aksi tersebut dengan menari dengan gaya ‘Ampun Bang Jago’.
3. Hingga kini lagu ‘Ampun Bang Jago’ yang dirilis melalui saluran YouTube Tian Storm, telah ditonton lebih dari 29 juta kali di YouTube.
4. Lagu ‘Ampun Bang Jago’ yang diciptakan oleh Tian dan Everly menceritakan kisah orang yang sering merendah-rendahkan mereka berdua.
5. ‘Ampun Bang Jago’ sendiri dipenuhi dengan iringan muzik EDM yang cukup menggembirakan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.