Guna Dulu Sebelum Beli? Tilam Sonno Beri Anda Pengalaman Yang Luar Biasa

Mesti Baca

“Memondan Lah Sangat!” – Diva AA Perli Usahawan Sensasi Popular?

Pengacara terkenal, Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sememangnya dikenali ramai kerana kelantangannya bersuara dan menegur...

“Iya Betul” – Sari Yanti Akui Sedang Hamil Anak Kelima

Pelakon Sari Yanti menerusi laman Insta-story mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil selepas diajukan soalan oleh salah seorang pengikutnya. Hamil...

“Bukan Anda Buat Kerja Tuhan”- Alicia Amin Pertahankan LGBTQ

Rata-rata masayarakat di Malaysia sudah mengetahui bahawa LGBTQ (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Questioning) tidak dibenarkan di Malaysia malah telah...

Anda sedang mencari tilam baru? Kami sangat memahami bahawa proses memilih tilam yang baik memerlukan kita untuk bersusah payah mengunjungi beberapa buah kedai. Selepas mencuba sendiri beberapa tilam, barulah kita membuat keputusan untuk membelinya.

Tapi nampak macam rumit bukan? Lagi-lagi dengan penularan Covid-19 sekarang ini, memang ada rasa sedikit bimbang untuk mencuba tilam di kedai-kedai.

Namun ada alternatif yang lebih baik untuk memudahkan anda, jenama tilam direka dari Itali, Sonno menawarkan cadangan unik untuk membantu pelanggan mencuba tilamnya dahulu sebelum benar-benar untuk membeli. Malah anda tidak perlu pergi ke kedai!

Apa yang menarik perhatian kami, Sonno menawarkan ‘100 Hari Percubaan’. Biar betul? 

Ya! Anda hanya perlu membuat pembelian dari laman web Sonno,  dan kemudian menggunakannya selama 100 malam untuk percubaan. Jika anda tidak berpuas hati dengan kualitinya, boleh dipulangkan dan jaminan wang dikembalikan. Pihak Sonno akan ambil semula tilam tersebut tanpa kos tambahan.

Tilam dijual semula? Tidak sama sekali! Setelah diambil, tilam tersebut tidak dimampatkan semula dan dimasukkan ke dalam kotak. Difahamkan tilam itu diberikan kepada rumah amal dan tidak boleh dijual semula.

Di antara ciri yang unik dari tilam Sonno adalah kemampuan untuk menghilangkan pergerakan, membolehkan pasangan tidur dengan tenang tanpa terjaga oleh pergerakan masing-masing.

Penutup kain teknologi Outlast® yang sangat lembut, direka untuk mengawal panas dan suhu secara proaktif untuk keselesaan termal yang optimum.

Tilam buatan Malaysia ini diperbuat dari Lateks Asli di mana lapisan pertama adalah lateks Malaysia hipoalergenik 100% asli sel terbuka yang memberikan keselesaan dan lantunan yang terbaik. 

Malah kepada pengguna yang tidur dengan kulit sensitif atau alergi tidak perlu gusar, kerana ia telah teruji secara dermatologis dan mencegah pertumbuhan bakteria,debu, dan kulat..

Apa yang menjadikan ia lebih menarik, sarung tilam boleh ditanggalkan dan dibasuh dengan mudah sekali. Namun kelebihan ini hanya terdapat pada tilam Sonno Original sahaja.

Mengenai harga, ia mengikut saiz seperti berikut;

Sonno Original

  • RM1,699 [Single]
  • RM1,999 [Super Single]
  • RM2,499 [Queen]
  • RM2,999[King]

Sonno Lite

  • RM899 [Single]
  • RM1,099 [Super Single]
  • RM1,399 [Queen]
  • RM1,699[King]

Tilam Sonno ini dibungkus kemas dalam sebuah kotak yang bersaiz minimum

Lebih mengagumkan, tilam Sonno dibungkus kemas dalam sebuah kotak bersaiz minimum, sekaligus menjimatkan kos penghantaran. Malah, tilam yang dibungkus dalam kotak begitu mudah untuk diangkat. Tilam Sonno  akan mengembang bersaiz penuh apabila pelanggan membukanya. Hebat kan?

Bagi setiap pembelian tilam Sonno , dilengkapi dengan jaminan 10 tahun dan penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia buat masa ini. Penghantaran hanya mengambil masa 2 hingga 4 hari bagi yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Jika anda kurang yakin dengan kualiti tilam Sonno anda boleh membaca ribuan ulasan terverifikasi di sini yang menjadikan Sonno sebagai jenama tilam paling banyak diulas di Malaysia.

Menarik bukan? Semoga perkongsian ini bermanfaat, bak kata pepatah ‘alah membeli menang memakai’.

 

Terkini

Mahal Rupanya! Intip Harga Seterika Pemberian Neelofa Kepada Noor Nabila

Sebelum ini, usahawan yang juga selebriti, Noor Nabila pernah memaklumkan bahawa dia akan berpindah ke kediaman yang baharu. Untuk Rumah...

Artikel Berkaitan