Jom Tonton 15 Program Yang Bakal Disajikan RTM Bagi Meraikan Tahun Baharu Cina 2021

Mesti Baca

‘Nak Muntah’- Maria Ozawa Kenang Hari Pertama ‘Shooting’ Selepas 6 Tahun Bersara Dari Filem Porno

Setelah membuat pengakuan telah bersara dari industri filem porno, ternyata kehidupan Maria Ozawa menjadi perhatian media. Wanita berusia 35...

Sebijik! Anggota Polis Ini Tular Kerana Mirip Herjunot Ali & Sehun EXO

Baru-baru ini salah seorang anggota polis di Indonesia tiba-tiba menjadi tular kerana penampilannya yang terlebih kacak. Ternyata ramai wanita...

‘Tiada Yang Mampu Beli’- Aliff Syukri Jual Rumah Berharga RM6 Juta

Usahawan kosmetik terkenal, Dato Sri Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram nya memaklumkan ingin menjual kediaman mewahnya di Pavilion...

Sambutan Tahun Baharu Cina di Malaysia akan disambut pada 12 Februari ini. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah merancang untuk menyajikan lima belas program pelbagai genre menerusi tiga saluran TV utama iaitu TV1, TV2 dan TV Okey.

TV1 Menampilkan Barisan Pelakon Tempatan

via Cinema Online

Saluran utama TV1 akan menayangkan telemovie bertajuk “Sulaman Kasih” pada 13 Februari, pukul 9.00 malam berlatar tentang watak Nyonya Goh seorang pakar Sulaman kebaya Nyonya yang tersohor dan sedang mencari pewaris untuk menurunkan ilmu sulamannya. Ia menampilkan pelakon Mandy Chong, Eleena Sui, Rayme Ramlee, dan Melaine Tan.

TV2 Menyajikan 11 Pilihan Program

via Kopi Panas RTM

TV2 tampil dengan program yang merangkumi filem, telemovie dan konsert menghiburkan. Pada 11 Februari, pukul 9.30 malam, disiarkan cereka Cina bertajuk “Amazing Spring”. Manakala pada 12 Februari, pelbagai program seperti “The Red Lantern Concert” , 4.00 petang, “Gong Xi Golden Ox”, 9.30 malam dan filem “Project Gutenberg” pada 10.30 malam.

Esoknya, 13 Februari, tambahan program muzikal “Chinese New Year Golden Happiness”, 8.00 pagi, telemovie “Open House”, 10.00 pagi, dan menariknya telemovie “Step Up”, 3.30 petang menonjolkan latar Malaysia tahun 90an. Akhir sekali disiarkan filem Indonesia iaitu “Meet Me After Sunset”, 10.30 malam.

TV Okey Memperlihatkan Telemovie Tempatan

via Men Folio Malaysia

Saluran TV Okey pula menyiarkan tiga program iaitu drama pendek “Siang Malam” pada 12 Februari ini, pukul 2.15 petang dan 13 Februari ini, pukul 8.30 pagi dan 3.30 petang.

Lakonan Alvin Chong, Joyce Han, Angeline tan dan Harris Anuar dalam telemovie “Selamat Tinggal Tahun Baharu Cina” menemui penonton pada 12 Februari, pukul 9.00 malam.

Ia diikuti telemovie dibintangi oleh Jasmine Suraya Chin, Victoria Lynn, Cindy Xyz, Joshua Tsi dan Angelina Tan dalam “Gong Xi Mei Mei” pada 13 Februari, pukul 9.00 malam.

Disiarkan tiga hari berturut-turut mulai 11 hingga 13 Februari, program terbaik dan menghiburkan untuk tontonan seisi keluarga ini pastinya antara aktiviti pilihan dalam meraikan perbezaan cara sambutan perayaan di Malaysia dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selamat Tahun Baru Cina!

Terkini

Cantiknya Bilik Puteri Kesayangan Gigi Hadid. Semuanya Serba Pink!

Safaa Malik, adik kepada Zayn Malik telah memuat naik foto terkini ruang permainan dan bilik tidur puteri kesayangan Zayn...

Artikel Berkaitan