Saturday, January 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Mana Pergi Sifat Amanah” – Siti Sarah Kecewa Dengan Isu Mogok J&T

by Khai Azfar
February 8, 2021
64
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi yang juga pengasas kepada jenama tudung muslimah Loveta, Siti Sarah Raisuddin meluahkan rasa kecewa dan sedihnya mengenai video isu sekumpulan pekerja dipercayai daripada syarikat kurier terkenal, J&T Express yang melancarkan mogok baru-baru ini sehingga tular di media sosial .

Sarah Sedih & Kecewa 

Menurut Sarah dalam hantaran di laman Instagram nya, dia berasa sedih kerana barang-barang milik pelanggan di seluruh Malaysia telah dicampak sedemikian rupa hanya kerana ingin menunjukkan tanda protes mereka. Malah kongsi isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini, sekiranya terdapat masalah antara pekerja dan majikan pendekatan seperti perbincangan haruslah diambil bagi menyelesaikannya.

“Allah.Mana pergi sifat amanah dan tanggungjawab ketika menjalankan kerja. Sarah yang tengok ni pun sedih sangat barang-barang dibeli hasil titik peluh dicampak dan dibaling”

“Kalau ada masalah sekalipun janganlah sampai kita merosakkan barang yang bukan kepunyaan dan hak kita.Tapi, mesti ada sebab kenapa mereka bertindak demikian”

“Apa yang Sarah baca tadi, katanya ada problem sikit dari segi komisyen? Wallahualam Hmmm.Tak tahu apa cerita sebenarnya, tapi tak best juga untuk mereka yang bekerja kalau melibatkan komisyen ni”

“Kalau ada masalah, duduk berbincang dulu majikan dan pekerja, janganlah buat macam tu sebab barang-barang tu semua tak salah tau! Kesian pembeli yang menanti penuh sabar nak dapat parcel dekat rumah” luah Sarah

Dalam pada itu Sarah turut mendoakan yang terbaik buat semua dan mengharapkan agar barang milik pelanggannya tidak mengalami nasib yang sama seperti dikongsi dalam video tersebut.

“Sarah harap pihak majikan segera ambil tahu isu ini dan sentiasa mengambil maklum masalah dan keluhan pekerja”

“Sarah doakan yg terbaik buat semua.. Harapnya barang yang dicampak itu bukan barang @lovetahq. Kesian customer Sarah yang tunggu dengan penuh sabar tu” tulisnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

J&T Express Mohon Maaf 

Terbaru, tular J&T Express (J&T) telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tampil memberi penjelasan mengenai video mogok kakitangan yang tular sejak beberapa hari yang lalu. Dalam kenyataan itu pihak J&T menjelaskan kejadian di dalam video itu berlaku disebabkan terdapat segelintir kakitangannya tidak memahami dengan jelas sistem pengagihan bonus dalam kalangan pegawai jabatan.

Berikutan itu, terdapat ada diantara mereka yang kurang jelas sistem pengagihan bonus dan menimbulkan kekacauan tersebut sebelum berkongsi ke sosial media.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: J&Tsiti sarahSiti Sarah J&T
Share26Tweet16SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Pergi Umrah Bersama, Netizen Titip Doa Buat Shikin Dan Chacha Maembong
Selebriti

Pergi Umrah Bersama, Netizen Titip Doa Buat Shikin Dan Chacha Maembong

by Mas Ayu
January 27, 2023
Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’
Gossip

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’

by Naddy Joe
January 27, 2023
‘Fuhhh! Headline Korang Tak Beragak’- Zulin Aziz Tegur Wartawan & Blogger
Selebriti

‘Fuhhh! Headline Korang Tak Beragak’- Zulin Aziz Tegur Wartawan & Blogger

by Phic ARMAN
January 27, 2023
Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”
Gossip

Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”

by Naddy Joe
January 27, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  5. 5

    Janna Nick Pertahan Diri, Komen Fahrin Ahmad Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan