Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Aiman Tino Hilangkan Diri, Netizen Gesa Pulang Bertemu Keluarga

by Khai Azfar
February 9, 2021
Share on Facebook

Semalam, ibu kepada Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil mendedahkan penyanyi itu telah menghilangkan diri sehingga ke hari ini dan turut mengabaikan kerjaya seninya.

Panggilan Telefon Tidak Dijawab

Pendedahan itu dibuat Hazelina menerusi sebuah hantaran di laman Instagram sebelum dipadam tidak lama kemudian.

Dalam status hantaran itu, meskipun tidak dinyatakan sebarang nama namun netizen membuat spekulasi bahawa ia ditujukan buat pelantun Dendam Simpati itu. Malah dalam status itu juga, Hazelina memberi bayangan bahawa individu yang dimaksudkannya itu seperti dikongkong oleh seorang perempuan sehingga panggilan telefon tidak dijawab.

“Kalau dah tak nak jadi artis sila buat pengumuman jangan susahkan kami. Macam tu lah kalau dah dikongkong ‘betina’, telefon tak angkat”

“Wartawan dan stesyen televisyen cari. Harap maklum pada yang berkenaan,” tulisnya menerusi Instagram.

Hazelina Luah Rasa Rindu

Menerusi carian Murai.my, terdapat sebuah hantaran terdahulu yang dimuatnaik oleh Hazelina yang meluahkan rasa rindu pada anak lelaki sulungnya itu.

“Dia tak rindu saya ke ye,apa pun saya sayang dan rindu dia” tulis Hazelina pada 5 Januari lalu

Dalam perkembangan lain, di hantaran terkini Aiman, netizen mula membanjiri ruangan komen dengan menasihati adik kepada penyanyi Fara Hazel ini untuk pulang ke rumah bertemu keluarga nya.

Malah, mereka turut berharapkan agar Aiman kembali aktif menyanyi seperti dahulu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aiman tinoAiman Tino Hilang
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara