Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Lee Jong Suk Terpaksa Jual Bangunan Mewah Di Seoul

by Naddy Joe
February 9, 2021
134
KONGSIAN
Share on Facebook

Dilaporkan bahawa Lee Jong Suk baru sahaja menjual bangunannya yang terletak di daerah Hannam-dong, Seoul dengan harga 3.59 juta won. Apakah alasan Lee Jong Suk mula menjual property beliau? Scroll sampai habis okay!

Menjual Bangunannya Bernilai 3.59 Juta Won

Menurut Today Online, Lee Jong Suk dilaporkan membuat keputusan untuk menjual salah satu bangunannya selepas tiga tahun membelinya. Bangunan yang terletak di kawasan elit  di Seoul dan berkeluasan seluas 154,88 meter persegi dijual pada harga 3.59 juta won.

via Naver

Lee Jong Suk pertama kali membeli bangunan itu pada bulan Mac 2018 dengan harga 3 juta won. Namun selepas tiga tahun, aktor itu menyatakan bahawa beliau tidak melihat sebarang keuntungan atau pulangan yang signifikan terhadap pemilik hartanah tersebut disebabkan beberapa faktor termasuklah bayaran pengubahsuaian, cukai pendaftaran, dan pemindahan hak milik.

Terpaksa Menutup Kafe Miliknya Disebabkan Pandemik COVID-19

via Naver

Sebelum membuat keputusan untuk menjual bangunan mewahnya di kawasan Hannam-dong, Lee Jong Suk turut mempunyai hartanah lain iaitu sebuah kafe bernama 89 Mansion Cafe yang terletak di Sinsa- dong, Gangnam, Seoul. Kafe tersebut dikatakan berjaya menghasilkan keuntungan yang amat besar.

Namun, disebabkan pandemik COVID-19, Lee Jong Suk terpaksa menutup sementara 89 Mansion Cafe dan juga menjual bangunan tersebut. Ianya masih belum diketahui sama ada 89 Mansion Cafe akan dipindahkan ke tempat lain atau tidak.

View this post on Instagram

A post shared by 이종석 (@jongsuk0206)

Sehingga Julai 2020, Lee Jong Suk memperoleh keuntungan sebanyak 2.05 juta won dengan menjual bangunan di mana menjadi tempat 89 Mansion Cafe beroperasi dan bangunan tersebut dimilikinya selama lebih kurang empat tahun.

Mulai Sibuk Selepas Tamat Khidmat Ketenteraan

Setelah Lee Jong Suk tamat dari khidmat ketenteraan pada 2 Januari 2021. Kini aktor yang dilahirkan pada tahun 1989 itu kembali ke aktivitinya dengan menjalani beberapa siri photoshoot. Di samping itu, pelbagai tawaran untuk projek lakonan juga sedang menghampirinya.

Lee Jong Suk kini sedang menjalani penggambaran sebuah filem baru di bawah arahan pengarah Park Hoon Jung yang berjudul ‘Witch 2’. Beliau bukanlah tampil sebagai watak utama dalam filem ini, tetapi beliau membuat penampilan singkat sebagai cameo.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/hx9wu
Share54Tweet34SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem