Louis Vuitton Lancarkan Koleksi Basikal Mewah. Artis Mesti Ramai Yang Suka!

Mesti Baca

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti...

Ini Jumlah Yang Dibayar Kepada Meghan & Harry Untuk Wawancara Dengan Oprah Winsfrey

CBS dilaporkan telah membayar jutaan dolar untuk memiliki hak penyiaran wawancara yang sangat dinanti-nantikan iaitu wawancara Oprah Winsfrey bersama...

Mas Khan Nafi Sombong, Ambil Keputusan Berehat Seketika Dari Industri Hiburan

Pelakon Mas Khan menerusi hantaran di Insta-story menafikan bahawa dirinya sombong terhadap wartawan yang cuba menghubunginya baru-baru ini. Ingin Berehat...

Semasa wabak pandemik Covid 19 melanda dunia, aktiviti berbasikal sudah menjadi salah satu aktiviti yang amat digemari dan secara automatiknya, aktiviti berbasikal juga sudah menjadi trend yang sangat popular pada masa kini termasuk di kalangan para artis.

Perkara ini berlaku kerana ramai orang memilih untuk berbasikal sebagai sukan individu dan hasilnya jualan basikal juga telah meningkat dan banyak jenama telah bersaing untuk mengeluarkan produk basikal yang baru.

Trend berbasikal ini juga telah memasuki dunia industri fesyen. Mana kan tidak, baru-baru ini salah satu jenama fesyen terkenal, Louis Vuitton telah melancarkan koleksi LV Bike yang berkolaborasi dengan TAMBOITE Paris, iaitu pengeluar basikal yang berpusat di Paris yang telah wujud sejak tahun 1912 lagi. Basikal ini merupakan sebahagian daripada salah satu koleksi Louis Vuitton Art De Vavre.

via LV

LV Bike telah dilengkapi dengan model basikal yang lebih sesuai untuk mereka yang minat berbasikal untuk mengelilingi kota dan taman dengan lebih santai tanpa memikirkan kelajuan dan kesesakan. Ianya didatangkan dalam 4 pilihan warna iaitu merah, biru, kuning dan hitam. LV Bike juga mempunyai model yang mewakili basikal model klasik iaitu dari koleksi pertama Maison TAMBOITE Paris.

via LV

Selain itu, koleksi ini juga diperbuat dari hasil tangan yang mengikut piawaian pembuatan Maison TAMBOITE Paris. Rangka basikal ini diperbuat daripada keluli berlapis enamel dan krom yang dapat menjadikan basikal lebih ringan tetapi tetap kukuh.

Empat model LV Bike juga tersedia dengan bingkai step-through atau tertutup dan semuanya dilengkapi dengan drivetrain 2 kelajuan. LV Bike mempunyai tempat duduk yang diperbuat daripada kulit yang lembut sehingga dapat memberikan keselesaan kepada pengguna. Bagi memastikan keselamatan penunggang dan basikal itu sendiri, LV Bike telah dilengkapi dengan teknologi yang dapat mengesan lokasi basikal dengan menggunakan sistem real time serta dapat dipantau melalui aplikasi di telefon pintar.

via LV

Apa yang menarik lagi, beberapa koleksi LV Bike juga mempunyai aksen kulit dengan motif monogram Louis Vuitton khas dalam bentuk bunga dan kata-kata ‘LV’ pada keseluruhan basikal. Penampilan seperti ini bukan sahaja dapat memberikan tarikan baru dalam sukan berbasikal tetapi juga dapat memberikan lebih keyakinan pada pengguna dan lebih bergaya.

via LV

Bagi mereka yang ingin mendapatkan LV Bike keluaran Luois Vuitton ini, anda boleh sahaja membelinya terus dari outlet Louis Vuitton dengan sistem made-to-order. Pembeli tidak perlu risau untuk kehabisan stok kerana koleksi ini hanya dijual melalui tempahan dan tidak mengikut musim. Oleh itu, anda boleh mendapatkannya bila-bila masa sahaja yang anda mahukan!

via LV

Terkini

‘Instafamous’ Dikecam Selepas Ketawa Lihat Mangkuk Tingkat Murid

Seorang pengamal media sosial terkenal yang juga usahawan dikecam di laman Twitter selepas memuatnaik ciapannya berkenaan seorang pelajar sekolah...

Artikel Berkaitan