Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Pernah Bertengkar, Nikita Mirzani Sedih Ustaz Maaher Meninggal Dunia Dalam Tahanan

by Zaidin Albert
February 9, 2021
Share on Facebook

Pendakwah bebas yang popular di Indonesia, Ustaz Maaher atau Soni Ernata meninggal dunia semalam Isnin (8/2) jam 7 malam waktu Indonesia Barat. Khabar mengenai pemergian arwah disahkan oleh peguamnya, Djudju Purwantoro, seperti yang dilaporkan oleh Inserlive.

“Ya, dia meninggal sekitar jam 7 malam di Pusat Tahanan Ibu Pejabat Polis,”-kata Djudju.

Berita pemergian Ustaz Maaher mengejutkan banyak pihak. Bahkan Nikita Mirzani, yang pernah bertengkar dengan Ustaz Maaher, juga mengucapkan takziah.

“Innallilahi Wainnalilahi Rojiun. Semoga Ustadz Maher diampuni atas semua dosanya dan perbuatan baiknya diterima. Juga bersedih,” tulis Nikita di Instagram.

https://www.instagram.com/p/CLCOGETHutS/?utm_source=ig_embed

Pada November tahun lalu, Nikita dan Ustaz Maheer menyindir antara satu sama lain melalui akaun media sosial mereka. Ibu kepada 3 orang anak ini mahu mendedahkan kes lama yang melibatkan nama Ustaz Maaher yang terjadi pada masa lalu.

BACA: Nikita Mirzani Bongkar Ustaz Maheer Seorang Homoseksual

Meninggal Dunia Di Pusat Tahanan

Djudju mendedahkan bahawa Ustaz Maaher memang sakit dan dirawat di Hospital Polis sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Diketahui bahawa Ustaz Maaher melakukan pembedahan usus besar. Dilaporkan oleh beberapa media, Ustaz Maaher juga mengalami sakit kulit dan mengalami kesukaran membuang air besar.

Setelah mendapat rawatan, Ustaz Maaher dikembalikan pusat tahanan tetapi mengadu sakit lagi dan akhirnya meninggal dunia di Pusat Tahanan Ibu Pejabat Polis.

Dia ditangkap atas tuduhan kes penyebaran maklumat yang bertujuan menimbulkan kebencian atau permusuhan terhadap individu dan/ atau kumpulan masyarakat tertentu berdasarkan etnik, agama, bangsa dan kumpulan antara masyarakat  di media sosial.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nikita mirzaniUstaz Maaher At-Thuwailibi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara