Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Suka Duka 1 Januari – Dua Penyanyi Langsungkan Perkahwinan, Suami Anita Baharom Meninggal Dunia

Tirai tahun baru 2022 industri seni menerima pelbagai perkhabaran daripada selebriti tempatan

by Khai Azfar
January 3, 2022
174
KONGSIAN
Share on Facebook

Tirai tahun baru 2022, industri seni dikejutkan dengan khabar yang menyedihkan mengenai suami pelakon Anita Baharom yang meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.

Meninggal Dunia Dalam Tidur

Menurut laporan media tempatan, suami Anita, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50 menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam, di sini, kira-kira jam 8 pagi.

Difahamkan, Allahyarham Ismadi yang juga bekas wartawan dan penerbit stesen televisyen meninggal dunia di dalam tidur ketika berada di ruang tamu kediaman mereka.

“Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

“Mohon doa dari saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,” tulis Anita di laman Instagram miliknya.

Jenazah Ismadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang selepas waktu Zohor pada hari yang sama.

View this post on Instagram

A post shared by Anita Bt Baharom (@anitabaharom)

Heliza, Azzam Pilih 1 Januari Raikan Hari Bahagia Bersama Peneman Hidup 

Dalam perkembangan lain, dua penyanyi terkenal Heliza Helmi dan Azzam Sham selamat mendirikan rumahtangga bersama pilihan hati masing-masing.


Heliza yang juga pelakon dan aktivis kemanusiaan telah sah bergelar isteri kepada jutawan perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dalam sebuah majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Heliza sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran dan pasangan ini telah diraikan dalam sebuah majlis di sebuah hotel terkemuka pada Ahad.

Buat Azzam, kisah percintaannya bersama penyanyi Sheryl Shazwanie sebelum ini bukan lagi rahsia apatah lagi mengikat tali pertunangan pada September lalu. Hanya dengan sekali lafaz, Azzam atau nama sebenarnyaMuhammad Azzammuddin Lop, 25, dan Sheryl sah bergelar suami isteri di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya.

View this post on Instagram

A post shared by Azzam Sham (@azzam_sham)

Juara Big Stage 2020 itu menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 dan berbelas dulang hantaran. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga mereka.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Anita BaharomAzzam Shamheliza helmiSheryl SyazwanieSuami anita baharom
Share70Tweet44SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?
Lokal

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

by Zaidin Albert
February 2, 2023
[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”
Gossip

[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”

by Naddy Joe
January 31, 2023
Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?
Gossip

Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?

by Naddy Joe
January 31, 2023
Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa
Gossip

Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa

by Naddy Joe
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan