Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Beli Peranti Ni Kat Shopee Ka”-Mudah Tertanggal, Azad Jazmin Persoal KJ Tentang Kualiti Peranti Pengesanan Digital

Peranti yang disediakan oleh pihak kerajaan itu tidak berkualiti dan mudah tertanggal

by Naddy Joe
January 4, 2022
Share on Facebook

Pelakon dan pelawak, Azad Jazmin tampil mempersoalkan pihak kerajaan mengenai kualiti peranti pengesanan digital bagi individu yang pulang menunaikan umrah.

“Belilah Hat Kualiti Sikit YB”-Azad Jasmin

Menerusi Insta Stories, Azad mengakui idea pemakaian peranti tersebut merupakan idea yang bagus. Namun, Azad mendedahkan peranti yang disediakan oleh pihak kerajaan itu tidak berkualiti dan mudah tertanggal.

“@khairykj YB beli peranti ni kat Shopee ka YB. Tak sampai 24 jam dah automatic tercabut. Belilah hat kualiti sikit YB nah. Take care YB.”- ujar Azad

Tambahnya lagi, dia turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama seorang doktor perubatan yang ingin datang ke rumahnya untuk menukar gelang tersebut. Dalam perbualan itu, kelihatan Azad memberi beberapa teguran berkaitan.

“Buat malu Malaysia saja gelang tak sampai 12 jam dah lingkup.”- katanya lagi

Titip Pesanan Buat KJ

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/01/WhatsApp-Video-2022-01-04-at-12.09.02-PM.mp4

Dalam perbualan yang sama, suami kepada pelakon Eira Syazira ini turut memerli Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk tidak menamakan peranti itu sebagai barangan buatan dari Malaysia.

“Saya mintak Doktor pesan kat KJ, tolong jangan letak peranti ni buatan Malaysia, sebenarnya nama yang sesuai untuk peranti ialah ‘Buat Malu Malaysia’.” katanya lagi

Memetik laporan Berita Harian, KJ telah mengumumkan semua individu yang menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari selepas pulang menunaikan umrah, diwajibkan untuk memakai peranti pengesanan digital.

Pelaksanaan pemakaian peranti itu dibuat berikutan terdapat 30 daripada 49 kes baharu COVID-19 membabitkan varian Omicron di Malaysia adalah kes import dari Arab Saudi, yang dikesan pada 23 dan 23 Disember lalu.

azad jazminKhairy Jamaluddin
https://lomp.at/rg7hq
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara