Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[ULASAN] ‘Tak Mahu’ Dari Khodi & B-Heart Persis Elemen Antarabangsa

Sayang sekiranya karya dan bakat-bakat penyanyi seumpama ini dipersiakan

by Khai Azfar
January 4, 2022
Share on Facebook

Nama Khodi mungkin masih hijau dalam industri seni. Namun, dengan bakat yang dimiliki Khodi tidak mustahil bahawa dia akan ‘terbang’ tinggi mencipta nama.

Kembali Dengan Tak Mahu

Selepas mencuri perhatian menerusi single Lenggang pada Februari tahun lalu, pemilik nama sebenar Seri Khodijah Kamarul Bahrin,21 ini kembali dengan sebuah lagu duet bersama B-Heart berjudul Tak Mahu.

Elemen Antarabangsa & Segar

Pertama kali mendengar single ini, kami tertarik pada elemen yang ditonjolkan oleh lagu yang mendapat sentuhan bersama Amir Hasan dan Mingaling. Segar dan tidak keterlaluan jika kami katakan terdapat ‘bunyi antarabangsa’ dalam Tak Mahu. Pujian harus diberikan buat B-Heart yang ‘well blend’ bersama Khodi sekaligus tidak kedengaran canggung pada halwa telinga.

Tahniah buat mereka yang terlibat dalam lagu ini. Sayang sekiranya karya dan bakat-bakat penyanyi seumpama ini dipersiakan. Buat Khodi mahupun B-Heart teruskan mencipta nama menerusi bakat-bakat anda!

Untuk info, Khodi merupakan penuntut jurusan Diploma Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Manakala B-Heart atau nama sebenarnya Hairi Azrie Henri, 25,
pernah tampil lagu Bilang Mama dan Selamat. Membesar dengan industri rap ‘underground’ di Kuantan dan menganggotai YMYFAM (Young Malaysian Familia), dia juga pernah mewakili kampung halamannya pada pertandingan bakat DiGi Live Sekolahku Berbakat.

‘Tak Mahu’ boleh diperdengarkan menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube dan Youtube Music.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Khodi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara