Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

8 Selebriti Korea Yang Menyambut Ulang Tahun Pada Bulan Januari

by Amirul Fikry
January 8, 2022
88
KONGSIAN
Share on Facebook

Antara perkara yang dapat menggembirakan peminat setia selebriti Kpop selain dari menyokong hasil kerja idola mereka adalah dapat mengucapkan selamat hari lahir! Itulah sebabnya kami ingin berkongsi dengan pembaca senarai selebriti Kpop yang menyambut ulang tahun mereka pada bulan Januari.

Pastinya ramai peminat mereka yang tidak sabar untuk mengucapkan tahniah dan panjang umur kepada idola mereka yang telah bertungkus lumus menghasilkan karya atau kerja yang baik untuk tatapan peminat.

Siapakah mereka yang kami maksudkan? Jom kita tengok!

1. Kim Young Kwang (11 Januari)

via Ig

Kim Young Kwang dilahirkan pada 11 Januari 1987. Dia yang merupakan seorang pelakon dan model terkenal yang berasal dari Korea Selatan. Kim Young Kwang memulakan kerjayanya sebagai model dan telah membintangi banyak projek-projek yang ternama. Dia juga adalah antara bintang untuk filem Runway Cop (2012), Hot young Bloods (2014), On Your wedding Day (2018) dan The Soul-Mate (2018). Dramanya juga adalah termasuk Pinocchio (2014), D-Day (2015), Sweet Stranger and Me (2016), The Guardians (2017) dan The Secret Life of My Secretary (2019).

2. Do Kyung Soo (12 Januari)

via Ig

Do Kyung Soo atau lebih dikenali sebagai D.O.EXO dilahirkan pada 12 Januari 1993. Dia merupakan salah seorang vokalis utama kumpulan EXO dan merupakan salah seorang pelakon yang memiliki bakat dalam dunia lakonan yang mantap. Selain daripada aktiviti kumpulan itu, D.O. juga pernah membintangi banyak drama dan filem Korea yang popular antaranya Pure Love (2016), My Annoying Brother (2016), Positive Phsique (2016), Room No. 7 (2017), 100 Days My Prince (2018), Along with the Gods : The Two Worlds dan Swing Kids (2018).

3. Lee Seung Gi (13 Januari)

via Ig

Lee Seung Gi merupakan salah seorang selebriti yang sangat berbakat kerana dia mampu menceburi industri hiburan Korea sebagai penyanyi, pelakon dan juga pengacara sekaligus. Dia yang dilahirkan pada 13 Januari 1987 telah membintangi banyak drama-drama popular seperti Brilliant Legacy (2009), My Girlfriend Is A Gumiho (2010), The King 2 Hearts (2012), Gu Family Book (2013), You’re All Surrounded (2014), A Korean Odyssey (2017-2018), Vagabond (2019) dan Mouse (2021).

4. Kai EXO (14 Januari)

via Ig

Kai EXO merupakan seorang penyanyi, model, pelakon dan penari dari Korea Selatan yang dilahirkan pada 14 Januari 1994. Selain dari kerjayanya dalam bidang muzik, Kai juga pernah membintangi banyak drama Korea seperti Choco Bank (2016), Andante (2017), Spring Has Come (2018) dan The Miracle We Met (2018).

5. Lee Min Ki (16 Januari)

via ig

Lee Min Ki dilahirkan pada 16 Januari 1985. Namanya melonjak naik setelah membintangi drama Korea yang berjudul Because This Is My First Life, The Beauty Inside dan Oh! Master. Pelakon itu juga pernah membintangi filem yang mencapai box office seperti Tidal Wave, Quick and Very Ordinary Couple.

6. Kang Dang Won (18 Januari)

via eranLarge.Com

Kang Dang Won dilahirkan pada 18 Januari 1981 dan berasal dari Busan dan dibesarkan di Changwon Gyeongsangnam-do, Korea Selatan. Pelakon yang mempunyai ketinggian 186 cm itu telah membintangi banyak filem hebat seperti My Brilliant Life, A Violent Prosecutor, Golden Slumber, Peninsula dan banyak lagi.

7. Junho 2PM (25 Januari)

via Ig

Lee Jun Ho dilahirkan pada 25 Januari 1990 dan dikenali sebagai Junho 2PM. Junho merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penari, komposer dan juga seorang pelakon. Junho yang telah membuat penampilan sulungnya sebagai pelakon dalam sebuah filem yang berjudul Korea Cold Eyes 2013. Junho juga terkenal dengan wataknya dalam Twenty, Good Manager, Rain or Shine dan yang terkini The Red Sleeve.

8. Lee Seo Jin (30 Januari)

via Ig

Lee Seo Jin dilahirkan pada 30 Januari 1971 dan dia adalah seorang pelakon yang juga berasal dari Korea Selatan. Namanya mula menjadi terkenal setelah membintangi rancangan realiti Three Meals A Day. Grandpa Over Flowers dan Youn’s Stay. Sebagai seorang pelakon, dia juga telah banyak membintangi rancangan televisyen seperti Damo (2003), Phoenic (2004), Lovers (2006), Yi San (2007), Marriage Contract (2016), Trap (2019), Times (2021) dan yang terkini adalah Internal Medicine Director Park (2022).

Jadi, itulah antara barisan selebriti Korea yang lahir pada bulan Januari. Bagi peminat mereka, jangan lupa atau terlambat untuk mengucapkan selamat hari lahir buat idola anda. Jadikan perkara ini sebagai satu momen terindah buat anda. Antara selebriti yang kami senaraikan ini, siapakan idola pembaca murai.my?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
JanuaryBabiesKpopSelebriti
https://lomp.at/msni1
Share35Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem