Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pemandu Lori Dituduh Mabuk ‘Hentam’ Kereta Meninggal Dunia, Selebriti Turut Bersedih

Perkara yang menyayatkan hati telah berlaku apabila lelaki itu sebenarnya mengalami serangan jantung

by Khai Azfar
January 5, 2022
153
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak Selasa, tular di media sosial mengenai sebuah rakaman video yang dimuatnaik oleh seorang wanita yang menunjukkan seorang pemandu lori terlibat dalam sebuah kemalangan bersama tiga kenderaan lain.

Lelaki Dituduh Mabuk Meninggal Dunia

Dalam video itu, wanita tersebut mendakwa lelaki itu telah mabuk dan menjadi punca lori terbabit kemalangan. Sebaliknya, perkara yang menyayatkan hati telah berlaku apabila lelaki itu sebenarnya mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Doakan Allahyarham 

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial termasuk selebriti seperti Datuk Nora Ariffin dan Iesya Toh meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap Allahyarham yang dituduh sedemikian. Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan darjat lelaki itu akan diangkat oleh Allah SWT apabila ramai orang mendoakannya.

https://www.instagram.com/p/CYVLumGJeD6/

Dalam pada itu, mereka turut menuntut wanita yang menularkan video tersebut tampil memohon maaf secara terbuka selain menasihati orang ramai untuk selidik sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum berkongsinya pada umum.

Polis Nasihat Jangan Buat Sebarang Spekulasi 

https://www.instagram.com/p/CYTZPy4Paii/

Dalam perkembangan, lain Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menerusi sebuah kenyataan berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh, semalam.

“Lelaki itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan. Pada jam 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat ‘myocardial infarction’ (serangan jantung),” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan bagi menghormati waris mangsa.

Nora Bakal Fail Cerai Kerana Pihak Ketiga! Netizen Persoalkan Kembali Siapa Sebenarnya Pihak Ketiga
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
iesya tohnora ariffinpemandu lori meninggal dunia
https://lomp.at/ne2yv
Share61Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem