Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Kagum Dengan Vokal Khai Bahar, Suki Sedia Untuk Berkolaborasi Bersama

Suki sentiasa terbuka untuk melakukannya sekira diberi peluang

by Khai Azfar
January 5, 2022
191
KONGSIAN
Share on Facebook

Meskipun sudah hampir dua minggu berlalu, namun peminat-peminat masih belum ‘move on’ dengan kehebatan persembahan duet peserta Gegar Vaganza 8 (GV8), Suki Low bersama dengan Khai Bahar.

Suki Berterima Kasih Kepada Khai 

foto Astro – Azrul Rafie

Mengimbas kembali persembahan dalam minggu keenam GV8, Suki muncul sebagai juara mingguan dengan perolehan markah sebanyak 83.7. Menerusi gandingan bersama lagu Tiga Malam Tanpa Bintang nyanyian asal Fiq Mentor,Suki ketika ditemui Murai.my baru-baru ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkata dia berterima kasih kepada Khai kerana sudi berduet dengannya selain mudah untuk bekerjasama.

“Saya sangat bersyukur apabila dapat bernyanyi bersama Khai Bahar. Persembahan itu merupakan salah satu persembahan terbaik saya selama ini. Saya rasa apa yang paling gembira adalah saya dapat menambah rakan-rakan yang berkongsi visi yang sama dengan saya ketika membuat persembahan.

“Bagi saya itu sesuatu yang sangat jarang dilihat apabila kita mempunyai visi yang sama dan dapat melakukannya dengan yang terbaik. Memang menyeronokkan” kata Suki

Kagum Dengan Vokal Khai, Sudi Berkolaborasi

foto Astro – Azrul Rafie

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pemilihan Khai sebagai rakan duetnya, jelas Suki dia begitu mengagumi vokal yang dimiliki oleh penyanyi lelaki popular itu.

“Pihak GV sebenarnya ada bagi saya beberapa nama untuk berduet. Saya cakap, saya nak Khai terus mereka hubunginya dan tak sangka dia bersetuju. Saya memang sangat teruja sebab masa itu hanya mencuba nasib.

“Saya kagum dengan suaranya. Suara dia sangat bagus dan saya dah lama tengok dan mengimpikan untuk membuat persembahan bersamanya. Saya sampai hari ini tertanya macam mana dia boleh menyanyi dengan ‘key’ seperti itu dan saya sentiasa tengok persembahan-persembahan dia. Konsert dia pun ada tidak lama lagi kalau dia jemput saya mestilah saya akan pergi” katanya

Ketika ditanya mengenai kesudiannya untuk berkolaborasi bersama Khai, menurut pelantun Terlalu Mencintaimu ini dia sentiasa terbuka untuk melakukannya sekira diberi peluang pada masa akan datang.

“Kalau ada rezeki, bolehlah kami menulis lagu bersama-sama ke atau apa yang berkaitan dengan karier kami. Saya sentiasa terbuka untuk melakukan sesuatu yang menggembirakan semua pihak.

Terima kasih kepada semua peminat terutama peminat Khai yang tidak putus memberi sokongan, dan saya dapat banyak kawan menerusi mereka. Sangat meriah dan saya sukakannya” katanya lagi

Untuk info, Khai bakal adakan konsert pertama nya yang diberi judul sebagai Konsert Nafas Cinta Khai Bahar. Berlangsung di Petaling Jaya Performing Art Center (PJPAC) pada 12 Februari 2022, konsert itu turut menampilkan Adira Suhaimi dan Aina Abdul sebagai kemunculan istimewa.

[VIDEO] Gelagat Khai Bahar Suap Makanan Dekat Krew, Curi Perhatian Ramai!-"Bagusnya Dia"
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
khai baharsuki
https://lomp.at/vw0s6
Share76Tweet48SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem